Sunday, December 22, 2013

plan

ASSALAMUALAIKUM

ari ni baru balik dari Bangkok. again.

sebab my mom suh balik kampus kekdahnya. yela, ade lagi rallies kat sana. nak gi jalan-jalan pon idok buleh noks.

malas nak cari pasal pegi shopping jgk masa2 tu kang x pasal2 muke masuk tv. hahaha.

lusa pidaus dah nak datang.

pe lgi isteri muslimah haruslah nak kemas kediaman nanti membebel pulak kan, duk sorang bilik tak marveles katanye. haha.

berani diaaaaa, nanti ku hantar pulang malaysia sekiranya komplen banyak2. kuang3.

ekceli di Thai ni from 25th of December till 1st January we will have looooooong holiday.

new year kat sini macam hari raya.

so I planned to go to Krabi. Tapi, tengok atas keadaan. ikutkan daus dari awal kahwin aritu duk ajak pegi.

entahla tak berape minat dengan pantai.

seriously sebab tsunami dulu kan kat Thai jd takot plak.

ok agak psiko di situ tapi things can happen. ah kurang suke pulau2.,pantai,..

suke tempat tinggi, sejuk mcm Chiang Mai tapi jauh pulok.

tengokla cane. ade jugak yg pakai hentam je pegi ni nanti. ala bdua je pon, x perlu nak plan sgt. khenn.

aritu jumpa Malaysian yang kerja ngan United Nation. wife and husband. punyela sembang happy sgt jumpe Malaysian kan. tapi tabik gile kt dey ols sebab 6 bulan keje tukar2 negara. 

very friendly and charming both of them. eventho bg aku diorang agak berkedudukan tapi very humble siap belanja makan even kenal dekat satu restoran halal yang sama. rejeki la kot.

moga2 pasni jumpa orang-orang yang baik lagi, aminnn :)

Tuesday, December 17, 2013

last dance

ASSALAMUALAIKUM

last night I cant sleep. too much things inside my head.

from proposal till image that I already hold the scroll.

ok sile gelak berjemaah. I just cant stop it. macam filem yang berputar banyak kali, ehem macam astro. 

hahaha. tapi takpe, bole masukkan dalam wish list :D 

ayuu, how come nak pgg scroll if proposal not yet complete ni haa ayuu?.

 sometimes I do think aku macam dah di akhir semester tahun ke 3.

why my feeling is like that? I keep asking myself. bila kira2, eh tak sampai 2 bulan aku start study.

Is it because of my supervisor? haha, I dont want to reveal much about him. yes, my sv is a HE. 

nanti bila aku dah grad aku reveal every single thing pasal dia tau.

no! no! jangan fikir aku terseksa, hahaha, sebab everything is just not special if we reveal too much things rite.

 he is so special la so far, sebab dia seorang sv and a professor  huhu.

so, tunggu lah bila habis je aku viva, akan ku cerita perjalanan phd dari A sampai Z. Insya Allah.

every single thing. I promise. cuma cepat atau lambat tu depend pada takdir aku nanti lah ye. so keje korang adalah aminkan doa supaya aku dapat habiskan phd dengan cepat.

this is my sincere promise, except kalau tak panjang umur. cerita ku akan terkubur begini sahaja. so jangan pelik kalau aku tak cerita langsung pasal my research here. I want to make it special.

save the best for the last, Insya Allah :)

Monday, December 16, 2013

serunuk

ASSALAMUALAIKUM

ha tadi laki hanto gambo kalendar.

dalam hati silap hanto ke apa die ni... mungkin nak hntr planner kat sub contract.

think positip kiskiskis.

pastu msg lagi

sy tgh menghitung hari ni nak gi BKK.kekeke.

laaaaaah, bagitau je hitung hari x bole ni hantar gmbau kalendar. amik gmbau penuh2 lak tu aku ingat date raye ke ape.

lagi sminggu nak datang katanya.kene la kire. katanya lagi.

macam ni la idup berjauhan, excited bila nak jumpa.

bila nak pisah, macam ritu, hahaha. malu nk cite.

mcm cite hindustan dah aku rasa.

yang naik teksi mengalir air mata, yg g air port pun same. ok yang naik teksi tu aku.

kadang-kadang jarak jauh ni seronok kadang-kadang tak jugak.

depend pada keadaan semasa. kalau tengah wat proposal daus ada tak best, suke kacau orang buat kerja.

tapi bila dia tak ada, kadang2 nak gi jalan2 sorang2 takot. kadang2 rasa rindu sangat.

bila dia bz lagi tak best. rasa sedih je. tapi bile dia call terus ilang sedih. choi sgt kan.

takpelah, nanti nak plan nak g jalan2 kat mana bila dia datang. kena plan bebaik, harap2 sv x bg la task smentara laki datang ni.

kang ttibe mintak method baru pengsaaaaaan. hihiihihi . xpe, kite ejahhh gane2 pon.

p/s: sejak duk cni mudah tersentuh, dengar kisah orang banjir pun boleh nangis. huu, hati taufu betul.


Wednesday, December 11, 2013

post

ASSALAMUALAIKUM

nk tunggu subuh ni, uarghh, ngantok..

so before that kite sembang dulu dalam blog. kikiki.

actually tujuan aku tulis blog ni sebab aku rasa macam aku bole express apa aku rasa dan buat.

semoga tak ambik hati sangat bila membaca sebab aku pun tak rasa blog aku ni blog penuh informasi  gittew.

nuffnang ade ke idok pun aku tak kisah. sebab one day aku akan scroll balik sume ni baca. kalau free la ye dak. haha.

dulu-dulu medium utama aku adalah fb. aku still ingat memula kapel dgn daus aku ade kecik hati ape ntah, up status I hate my boyfriend. ini cite 4 taun lepas ye. tapi bile ingat balik rasa nak kambus diri sendiri segera.

malu ok. n daus pulak keje beliau adalah tak up status. cukup sekadar stalk2 org sikit pastu log out.

macam takde life la pulak laki aku. tapi dia x minat fb kekdahnya. ada la kadang2 dia tanya sape yg komen tu sedara mara ke. ok masa tu baru aku tau die buka fb. kalau tak, bjanggut la mnunggu.

mule2 kenal dulu pn mcm sedih, bf orang lain sume lawan komen, wall to wall bagai, but y not my bf kan.. 

pas lama dah kenal ni baru tau perangai die lebih kepada malu lah kot. kalau dengan akak aku tu maluu je manjang, sampai kecik mate2 bile bcakap. haha. aku x tau la laki ku spesis ape kan. pelik jgk kadang2.

tapi aku pun start praktis la ape yg dia tak suka which is aku xley post sebarang2 bende kt fb. kalau nak tuju direct die suh je msg direct, sometimes je la kot kalo rse nk ckp rindu ke ape. 

my sister pun penah nasihatkan, jgn post something yg x best. I guess last 2 years die nasihatkan. so I keep telling myself, jgn post psl gaduh ke ape ke. so far, dah tak ada. kalau ada di masa akan datang, nauzubillah.

entahlah, sebenarnya aku malas nak komen orang lain.. cuma kalau msg direct cam nak cakap btape nak baby kat laki sndiri,or appreciation status yg ter amat lah personal, tak perlu lah kat wall..

hmm bukan ape, bukan ke kita ada fungsi mesej, whatsapp, viber, line, private msg fb untuk bagitau ? ni tak mengata orang, even contoh2 yg aku kasik kat atas tu takde kaitan ngan sape2 pon..

tapi kadang2 aku tfikir mcm tu. mungkin sebab daus tak main fb kot. ntah lah.

ade je kawan aku yg husband n wife kuat main fb tapi bole jgk tahan jari dari keluarkan cerita dalam rumah tangga, sama ada yg elok atau x. tak cakap pun yg geli2 di khalayak.

golongan mcm ni aku salute betul lah. ok lah. dah subuh pun. sebenarnya ni pendapat kecik je, saje nk isi masa.

adios amigos.

Monday, December 9, 2013

a reason to be happier

ASSALAMUALAIKUM WBT

yeszaa, here I am, lame jugak tak nulih. bz hoi bz hoi bz hoi. 

lagi 14 hari my husband nak datang.

happy to the max.

macam-macam dah order, rempah sup tulang, rempah kari, rempah itu rempah ini.

pandai tak pandai masak belakang kira.

order je dulu.

n one more thing ikan kering . omooo. rindu gila nak makan yang dari labuan tu.

oh tudung lagi satu. tau x aritu before datang thai plan nak bawak tudung2 feberet sekali ttinggal pulak.

kikiki. pastu masa memule sampai mesti tdetik, xpe je beli je la kat sni.

lupa pulak Bangkok, Kamphaeng saen, etc bukan la majority penduduk islam.

so xde tudung yang dijual,ada scarf je. 

ok fine, terus rotate 3 tudung yang ada. yang tak matching langsung dengan baju.

panjang pulak aku explain kannn. haha.

aku ekceli rindu sangat Malaysia, rindu gila kat laksa penang, mee sup yang sup tulang tu, kuey tiaw ladna sume.

nowadays cuaca sini sejuk yang hamat. bukan hujan tapi sejuk macam cameron highland. aku xtau la Bangkok ape cita, dengan rusuhan sume sebab my campus ni 1 hour from Bangkok.

masalah nya bila sejuk sangat nak naik moto pon rasa errrrgh. tapi takdela sampai bcakap kuar asap ok tu melampau. hikhik.

ok lusa kena jumpe supervisor lagi, so I have to go, doakan aku ye dalam berjuang mencari ilmu di bumi Thai ini. 

Amin!

bye!




Monday, December 2, 2013

satu

ASSALAMUALAIKUM

kat sini tak ade pas atau umno,

tak ade ustaz kazim mahupun ustaz azhar,

tapi nak cakap ada satu muslim club.

nak cakap tadi dah jumpa muslim club, happy gila!

Alhamdulilah, Allah tengah tengok kita semua.

Dia tahu apa yang tersirat di hati ini.

:)

Wednesday, November 27, 2013

printer

ASSALAMUALAIKUM

hihik, semalam gi Bangkok kekdahnya.. hajatnya nak carik printer n scanner.

sebab senang nak print n scan every form yg sponsors mintak or international office mtk.

end up pgi td baru dpt email from embassy ckp jgn g bangkok sebab ade mogok.

pas dapat email terus balik kat my campus which is 45 mins - 1 hour from Bangkok.

AND dengan printer yang gabak itu sekali.

actually dlm hidup ni sekali je pernah beli printer brand HP.

print due kali pastu rosak selamanya. eh xla 2 kali dalam 8-9 kali je kot.

pastu mcm dah tak nak beli printer. sekali datang sini rasa mcm baek la beli, ade rezeki lebih sikit, Alhamdulilah. :D

tapi nak cerita nya kannn... semalam sampai2 pegi parntip ke ape name xtau la, it's like lowyat kt Malaysia n ade 3-4 buah camtu kat Bangkok. I went to parntip ngamwongwan. kalo x silap la.

pastu pegi la silau2, ok grab 1 sebab dah penat dari pagi ke kampus ptg ke bangkok.boleh la cost around RM 200++ for 3 in 1 printer, scan n copy. boleee laa.

the problem is, besau jgk upenye printer. pastu nk heret plak sekian hal. so smalam I went to my friend's apartment, tumpang tido sbb van ke my campus tak ade bile malam menjelma. haa gittew.

this morning mengangkut la saya sorang2 berat nak mam. hahaha. after 1 hour sampai sini, cari pulak skuter comel kiteee, pastu bru tfikir kann. aku nek skuter cane nk bawak. hahaha.

haaa mse tu bru nak fikir detail pasal saiz printer mmg tlambat la. so kekdahnya aku letak dkt kaki which is antara kaki la kan. pastu sebab kotak die besar so aku mengangkang like a monkey.

siap bole pegi tapau makanan feeling2 kawan2 di zoo negara gittew. haha.

lalu kat guard, guard gelak gila dh pastu die membebel bahasa thai. hahaha. aku cam senyum je la. guard dh kenal aku dh pon sebab bawak skuter plg slow dulu kala. skrg dh advance sket. ihik hik hik.

dannn akhirnya sampai kat apartment. wahh lega, Alhamdulillah... nanti kalo ade anak nak cerita kat anak, bukan senang nak mule hidup ni nak.. hohoho.. over sangat. ok lah bye!


nampak kecik kat sini kan, ce tengok dah separuh meja tu tinggi dia. uwaaa.

p/s: musim bunga matahari kembang, nanti aku amik gambar dalam kampus. cantik!



Saturday, November 23, 2013

crib

ASSALAMUALAIKUM

haaa gittew. agak bz jugak few days ni. ape lagi, op kos la sebab proposal.

kahkah tercerita sket. huu nerbes pulak kannn.

actually tak tau pun nk update apa, tapi tak tau pulak kenapa tak bole tidur.

rasa rindu kat keluarga.

orang cakap alah dekat je malaysia-thai.

tapi dah kalo masa takde, even kuantan-teganu pon x dpt balik. choi sgt.

actually mmg rasa rindu tapi rindu yang ada keje kan.

jd cam rindu yg terhalang gittew.

hahahah, ayat kalo x puitis sgt bole ayu? haha

oh this is my crib, crib la sangattttt. bwekk nk muntah aku. tp sikit je la konon rasa nk reveal tmpt tinggal.


katil pulak queen, kisah pulak aku nak amik gmbo katil kan. tp ni la facilities boleh laa. sume pun ade. fridge and tv.kat Thailand mmg bilik agak mahal sewa sebab arrangement die bukan bilik dalam rumah, tp mcm ala-ala hotel.

yg ada receptionist, guard, pakai card nak masuk bilik. cmtu la kot.

kat campus aku bole tahan lagi, kalau area Bangkok main campus boleh sampai 6000 baht. equal to + - RM600 per month untuk satu bilik.

gile x gile kan. haaaa. jd jgn merungut kalau kat kl tu semahal-mahal alam. sini mahal nak mati kot. cume, living cost yg lain murah la. nak shopping sronok sgt la. naik teksi murah, trend fashion kat Thai pun lg cpt update x silap aku. yela, nanti diorng sauk sume brg2 diorang masuk pasaran Malaysia jgk

.i-phone pon masuk Bangkok dulu kalo x silap pastu bru launch kat Malaysia.
ritu masa daus ada ade la pegi silau2 nak cari handphone la konon nah sekali sold out iphone 5s tu rakyat mereka duk pulun habis sume, mcm beli pisang pulok.

ingtkan lagi murah sikit ke ape. ala beza seratus je pong dengan Malaysia. xde apela. so kitorang pn berambus je dengan impian. haha. impian la sangat pastu dia balik Malaysia beli tepon baru sorang2. ternganga aku kat sini pakai telepon samsung lame die. haha. xpela suami, kalau dia happy, aku happy je. yela, pdahal jeles kan ayu. haha

tapi bukan nak cakap ape, trend i phone kt Thailand mmg melampau jgk la. sume org pakai iphone. baik budak skolah menengah, kerani kerajaan, jage jamban, askar, pak cik teksi , tukang jage jamban sume pakai iphone. aku pon mcm dah tercabar iman pon ade. hahahaha. bukan soal mahal atau murah tp soal teknologi tu, mcm pelik la menyerap dgn hebat di kalangan rakyat. dgr kata ade kempen nk meriahkan teknologi kat Thailand ni. btul atau x tp tu la effect die. 

so far, Alhamdulilah la cuma aku jrg keluar sebab I am the only malaysian student dekat branch ni. kalau nak g jalan-jalan, aku kena pegi kt main branch ada staff UMT kat sana.

tapi yela niat datang nak belajar, kalau nak berjalan sangat pun aku bukan stok reti nak melilau kekdahnya.

kadang-kadang je la aku lepak sane if nak beli pape ke. nk hangout ke. 

ala lapar la pulak. aku pun x paham dengan perut aku. dulu aku duk kat umah xde la lapa 400 kali sehari cmni. skarang sampai tahap aku beli susu buat bekal dalam peti. yela susu kenyang skit kan.

pastu dah bedal nasik eh lapar ramen pulokkk. adeh tensen makcik. yela kat sini xde megi dan seangkatan. kalao ade tak halal pulok. perisa vavi pon ade. so aku makan ramen je la. halal and nyums.

tapi ni dah 2 pagi, koser aku nk masak. teguk susu then krohhhhh

so till then baby, byeee!

Monday, November 18, 2013

macam macam macam

ASSALAMUALAIKUM

lapar ni ekceli tp sgup nk mnulis dulu.

time2 ade mood ni kan, layankannn~zass

siang tadi kan jumpe sv, scond meeting. kahkah.

ok tak nak cerita la. cuma nak cerita sv tu lelaki. and aku iz vongok gile.

ah malas malas nak cite. ni kan belog santai idup aku kt thai je. malas nk cite hal study.

husband aku demam2, batuk2. x baik2. riso plak kann.

pastu kene plak jangkitan mcm comel je, mcm cantik je..

hangin betol.

asal cakap sket. die kuarkan tag line tu. rasa nk mencarut pn ade bile dh ulang 40 kali. hahaha.

kau mampu bile aku cakap ni baru balik fakulti ni.

bole di jawab macamm commeeel jeee macam cantekkk je.

aku pelangkung jgk dia ni karang nasibla syurga jaminan kalo bsabo dgn suami.

hahaha, ayat aku pun dah xleh blah dah ni. lapo gile.dah la tgok gmbo cheesy leleh tadi.

stressssssss.

bye.

Saturday, November 16, 2013

2 days

ASSALAMUALAIKUM

while waiting for my black-pepper-chicken-lah-sangatt tu masak.

here I am, blogging. :D

hopefully x hangus khenn.  sbb pakai electric kitchen. so die slow skit la compared tu api punye tu.

yesterday, I went to my campus. felt like life belong here. rasa calm. while riding my scooter of course.

rsa mcm dekat upm dulu-dulu.

2 days before, dah cabut pun gigi geraham. siap berjahit bagai. rasa mcm die toreh sikit kot kasik kuar gigi panjang gile akar. haha.

abis bius, menggelupur sorang diri dalam bilik.

sakit xleh nak cakap. rasa mcm operate wisdom teeth dulu2... kekeke.

masa dia cabut tu aman bahagia makmur sentosa. kat sini pelik jugak, doktor akan consult, your tooth is like this like this eventho gigi tu kite dh buang kan. buat pe lg amik tau. sombong kann. pdahal jage gigi pon x pandai.

tapi sbenarnye dntist amik pendekatan nk nasihat jage la gigi bebaik. so next time xyah la pakai gigi palsu.

kekekekeke. 

nnt lg sminggu nak buka stitch tu. hehehe. 

next week ade kasetsart fair pulak. wewewewe.. aku mmg suke kalo ade jualan2 ni.

ade dh tgok kaset fair kt main campus. meriah.

nnt kite skodeng yg campus sni punye best ke idok.

oh aritu kan aku sptutnye masuk apartment lain, tapi tah knape last minute angkut2 beg skali owner x kasik aku masuk sewa. aku iz sedih giles uols.

why laaaa? aritu masa aku tanye cakap bole je. ngan org2 yg bantu angkut all the stuff lgik kt situ.

then we dcide to move to another apartment. sedih toksah ckp la. dh la aku nyusahkan 2 org angkut brg aku kan.

pastu ktorang pg apartment depan. aku cam trus accept je eventho the price slightly higher than the previous one.

sobsob. sekali aku tgok, eh ade peti. the previous apartment xde peti.

masa tu kan aku rsa nak nangis. Allah selalu tolong aku..

:( Allah sangat baik pada aku.. Dia tau nnt aku susah nk cri peti.. pastu die bg aku tmpt yg ade peti..

syukur nya pada DIA , aminn aminnn

oh dah pukul 3 petang. kt sini asar pukul 3.30 cmtu. so nk makan dulu lah bfore asar.

till next time. bye!


Wednesday, November 13, 2013

sakit gigi

ASSALAMUALAIKUM

here we go again,

selama ni aku x dedahkan pon gigi aku bermasalah. mcm rapuh gile. aiyoo.

ni jadi plak kt gigi geraham aku. dh pecah berserpih bagai dah ni.

memule aku cam cool mat cool jek..

sekali ngap ngunggg, last 2 weeks.

aku dah tak sodap hati ni. aku ni kat negare orang. nak bawak skuter comel aku tu pon tonggang langgang lagi ape lagi nak mencari klinik gigi.

maka ku bersujud pada Ilahi agar kurangkn kesakitan.

aku ada tanye local students. tapi cam diorang bitau lokasi je. aku macam dah banyak mintak tolong international officer untuk pindah randah, beli motor, etc etc..

so aku rasa segan sebab mcm dah tetiap hari mintak tolong orang.

semalam siap aku google cara cabut geraham sendiri. hahaha. memang tak aa kan. google je. buat nye tak. sakit kot.

aku pun whatsapp asben ku. mengadu sakit. kat mak takleh buat aduan, aku xmo mak aku susah hati. mak dah la duk umah tak dpt beri bantuan nnt aku tambah lak ngn masalah aku.

aish. tidak tidak.

kalo asben tu die cool siket, sakit gigi? oh macam budak kecik yee.. kate die.

tau je la hormon org sakit gigi ni membuak2 ke ladang gandum. aku pon cakap la kat die. 

nak buat lawak, sila masuk maharaja lawak. tgh2 sakit gigi ni ade yg suh awak dtg cni smate2 untuk bwk sy g klinik kang.

beliau pun terus gelabah. KAHKAHKAH. yela, project die tgh run. kalo die amik cuti, berakhirla hidup die yg tenang di labuan ittew. hahaha.

oleh kerna aku isteri yang baik, setelah mengugut suamiku, aku pon msg the other local student. 

die duk tnye aku camne dh keadaan aku ape sume. maybe die ingt kes kecemasan.

aku pun cakap la kalo free tlg bwak aku g jmpe dentist sebab aku x pndai lg bawak moto. paling laju is 40 km/h. logik la kan aku xde lesen moto seumur hidup aku. sobsob. takpe aku tak nyesal. adelah tu hikmahNya.

pastu die cakap akan call aku petang ni, maybe nak bawak g sana kot.

tolong doakan dia free ye! kalo x meroyan lagi aku malam ni. ngahahaaha.

bye!

Monday, November 11, 2013

update

ASSALAMUALAIKUM

haaa, lame plak x update kannn. padahal baru beberapa hari.

so far. ayu dah pindah apartment baru kekdahnya noks.

quite far from uni, padahal depan pintu pagar tp tau je la kite bawak moto mcm siput sedut lg kann.

jauh la tu kirenye. hahahaa.

ok, dah banyak gelak tu kire dh ok siket la tu. nak cakap ape ek.

ok pasal apartment baru rse mcm suke jgk sbb bilik ni kontemporari, ade fridge, toilet dlm bilik..

mcm hotel gak aa. tp sume student duk cni.

student yg xnak duk dalam, dinasihtkan duk area ni la kot. budak degree blambak kt cni tp aku rse diorang yg anak2 org kaye kot sbb ramai bwk kereta sendiri.

kt sni xde kenderaan sndiri mcm kita..so kekdahnya student drive swift, vios, altis.. lebiy kurang..

ahkak pulak drive skuter. kau mampu? hahaha.

ok aku tgh adapt lg. nk ckp syok sgt x jgk, nk ckp derita, aku syukur banyak dah ni. Allah permudahkan.

at least bole call viber mak ari2 pun dah cukup.

mak aku asal bcakap ngn aku, suara dh ketar2. I know she misses me. I miss u 2 mom.

tapi sebab mak tau aku nak menuntut ilmu and parents jugak support, make ttiap ari pun bg smangat.

Alhamdulilah, aku tak homesick jgk sjak duk kampus aku ni. masa mule2 husband tinggal kt bangkok tu, meraung la jugak. pastu xde dah.

esok learning process untuk mende lain lak. setakat ni aku dah jumpe stesen minyak, dah pegi tesco area sni, dah completekan 50% brg2 dlm bilik..

semoga perjalanan dipermudahkanNya.

Monday, November 4, 2013

life is challengingggg

ASSALAMUALAIKUM

tehehehe, bersiaran dari Thailengg.

so far, I am still adjusting myself here. mule2 rasa susah gile. erm skrg pun x la rasa senang. 

tapi dah bole la siket2. I know a friend here, UMT staff. She is so kind to me. Hopefully Allah will always help her.

duk sini jauh dari suami, keluarga terutama mak memang buat hati ni rasa sebak berganda-ganda.

tapi ada some part buat kite rasa kuat, dengar suara mak pun sedih tau.

*auch! habuk2 dalam mate*

ok, my sense of humor dah berkurang kot sebab after all this is what I understand about life when you have no people that you recognized around you.

thai people macam jepun jugak. mereka lebih prefer their language so english is not the main medium.

doa-doakan aku pandai cakap thai nanti ye. ngahahaa.

i miss my husband for sure. I dont know how much worries he had because of me. kesian dia. somehow I think kesian nya dia bcause he need his wife to take care of him. tapi dia tetap cakap, no , saya nak isteri saya berjaya . jgn fikir yang lain, I can still manage myself. T.T sobsssss.

other thing, saya dah beli moto kat sini. yeap, nak beli kereta kena ade visa bekerja, and i m a student, melangut je la tgok org pakai honda sume. sebab kereta kat sini murah. 

beli moto pun secara haram, yelah, penat gile kau mengayuh beskal fakulti yang die sediakan. ngahahaha. dasar tak atletik langsong.

but for sure life is challenging, yet, I am carrying my mother's hope. I cannot stop, mi and abah

 please wait for me. ayu will try hard for both of you, lillahitaala.

ta dah! my scooter~


Wednesday, October 23, 2013

sedih

ASSALAMUALAIKUM

yaaa, blog sampah beraksi lagi.

esok dah nak pegi dah sane seberang sane. sedih tu sedih sebab utama nak tinggal mi.

tau la since aku abis master, aku tak pernah berenggang lama dengan mi.

since early 2012 till nak abis 2013. :(

aku ngan mak aku, stok yang over-rapat. yang akan cerita every single thing to her.

even tahap kecil hati orang hon kereta pun cerita. muahaha. nak cakap aku manja cakapla. :P

aku kan kuat merajuk. kalau sesapa cakap aku kuat merajuk ngan daus saje. itu adelah SALAH.

kerana aku akan merajuk dengan mummy ku jugak. aku hanya akan expose diri sebena kat orang yg betul dekat di hati aku. ecewah. daus la tu dekat di hati tu ayu? errrr. no komeng. haha.

sape tak sayang laki hoi. choi. malu plak aku.

berbagai perkara mundar mandiri dalam otak aku.

scary nak jumpe sv for the first time lagik.

nak tgok tmpat baru lgik.

nak naik flight lagik. oh ye. this is my first time naik flight. aku kuno orang nya. sampai daus yang stok2 lepak kedai minum kopi bagai tu menganjing - eh kapal terbang mcm bas dh bg sy. eh tau la duk labuan so shadap yu syg. hahaha.

sebab dolu2, aku duk asrama, masa whole fmily bercuti, aku berendam air mata.takpela, xde rezeki. tp tak pernah la aku rasa terkebelakang compare ngn other siblings. hal kecik je tu.

so, kalau aku meraba dalam airport tu, wish me luck je la ye. mmg aku tatau pape. admit! haha.

pastu hal nak sambung phd ni, tlg doakan aku. aku tau Allah yang banyak tolong aku. mungkin Allah nak bagi kegembiraan pada parents aku, aku cuma pengantara. 

satu je la, aku bab-bab menuntut ilmu, aku tak suka buat semata2 kerana aku dengki kat orang. semula jadi macam tu. mungkin sebab aku malas nak compete. at certain level, aku menjadi diri sendiri.

this time, aku menjadi diri sendiri, aku buat apa  yang aku nak. so sesapa nak bash aku konon duk jauh tinggal husband bagai, parents bagai, sila take note ye.. aku awal2 dh minta izin parents, dan suami aku.

aku takkan buat kalau anyone of them tak bagi. abah yang still tak sihat 100% pun menyokong. abah sampai angkat-angkat badan semangat nak cepat sihat, nak gi tengok aku belajar kata nya (uwaaaa sedih)

sesapa yang baca ni, tolong la ya doakan abah aku cepat sembuh, tolong doakan aku dapat grad demi parents aku. aku nak sangat parents aku datang bile aku grad.

aritu masa grad master, parents aku je tak ade. parents kawan2 sume ade. aku sedih, tapi aku x cerita kat orang. aku sangat perlukan mak aku masa tu.

okla, dah x bole tulis ni sebab dah sebak bila teringat.

wish me luck!

Saturday, October 19, 2013

ting and tong

ASSALAMUALAIKUM

5 ari lagi dah nak berlepas ke Bangkok,

suke tu suke la kan sebab dapat jumpa suami, Insya Allah (yeay!, haish mereyam sunggoh) haha

tapi sedihnya mak cik nak tinggalkan comfort zone ku di terengganu.

nak tinggalkan the most beloved family, BED, car...etc..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

mi, wait for ayu mi... ayu sayanggggggg mi banyak sgt.

Monday, October 14, 2013

Tentang hidup

ASSALAMUALAIKUM

berniat baik
bercakap baik
berperilaku baik

kalau mereka cakap kau annoying macam mana?

teruskan..

berniat baik
bercakap baik
berperilaku baik

bila aku tanya diri, kenapa orang fikir aku begitu?

kerana Allah nak beri pahala. mungkin kerana aku kekurangan pahala nak di bawa ke akhirat.

fikir yang baik-baik sahaja.

ya, yang baik-baik saja.

esok dah raya haji, suami aku demam di Labuan. ikut rasa hati ni sedih juga. 

rindu.

tapi tak sakit sangat. Allah ada tolong jaga dia.

kalau aku perit hari ini, one day, aku harap orang boleh belajar kebaikan melalui sejarah hidupku.

yang bukan sempurna, 

cuma terhias sedikit tauladan. tu pun kalau nak ambik lah.

kalau tak nak, biarkan aje. teheheehhe. 

:) 

Friday, October 11, 2013

penat

ASSALAMUALAIKUM

hehe, just got back from KL.

berbengkel kekdahnya.

sometimes journey is very sweet.

for sure, naik bas buat ai muntah dua kali.

ok not pregnant.

haha.

psiko la ayu..

Sunday, October 6, 2013

hati

ASSALAMUALAIKUM

hehehe, tinggal 18 hari je lagi sebelum ku melangkah kaki ke bumi seberang.

op kos la rindu kt pali, mi, kak ini n the kids. sobs.

but I have to go, aku tau , aku bawak impian dorang nk tgok mak cik diorang ni berjaye. muahaah.

ayat xde skema lagi yuuuu?.

oh ehem.

tak bleeey, mkin sentimental plak.

tadi sembang dgn mi teringt kat adik kecik aku kat sg buloh sane. nangis2 aku. sebab pali tu rapat dgn aku.

dia selalu susah hati tapi tak cakap. dulu2 kemain susah nk cari keje, last2 aku apply mcm2 supaya dia masuk gov sector. harapan aku besar pd adik aku tu. yela, aku xmo rmai org kutuk adik aku xde future.

Alhamdulilah, Allah dgr doa aku. nnt pali dah nak keje gov, Insya Allah. sama macam impian mak aku kat dia.

aritu masa aku kawen, pali pancit tayar moto, dekat 4 jam die tunggu org baiki kat highway. kesian pali.

sedih betul aku bila kenangkan adik aku sorang ni. yela, dia banyak tlg masa majlis kawen aritu.

husband pun sgt2 hargai ptolongan dia. sobsob. daus tau, aku berat ati nak tinggal pali ngan mi ngan abah.

dulu masa abah memule kene stroke, aku, pali ngan mi struggle, nerves, kejar ambulan same-same.

tapi one of the trio dah kene pergi jauh sebab nak berjihad tuntut ilmu.

hari tu pali kene pegi selangor, kolej kesihatan sg buloh. mi dah nerves sebab pali x indipendent orang nya. dia manja. adik bongsu kan. sampai medical check up pun nak berteman.

semoga Allah jaga mi, pali dan abah bila aku jauh. 

semoga kak yu dipermudahkan.

banyak doa aku pada Tuhanku. sebab aku tak berdaya. tapi pada Dia lah aku bergantung dan berharap.

aminn.

Tuesday, October 1, 2013

first monthsary

ASSALAMUALAIKUM

yeay dh sebulan hari ni kite kawen.

and the husband?

err still working at 6 ++ p.m

hahaha, pity him. tapi dia suka idok apela.

we have to like it as well. 

talking bout husband, daus, dopot, etc..

we dont have much time to be together, but we take it in positive way.

tahula kan tak sume bende ikut selera kita je.

we feel sad but we cannot make the sad feeling control us. matured enough kan while describe sume ni

tapi memula tu tergelincir jugak. Alhamdulilah.

hari ni bole gelak-gelak lagi when he asked me, memo the cat dah pregnant how about you?

then aku balas.

no need, my husband dah tlg pregnant. boleh lukis poket kanggaru kat perut awak tak? hahaha.

pastu die gelak besar-besar.

haha, I love everything about you dear husband. semoga hidup kita berdua akan sentiasa dirahmati Allah.


Sunday, September 29, 2013

why Thailand?

ASSALAMUALAIKUM

ok the fact is I dont take my bath yet is  really disgusting .

 xpe husband jauh. muahaha. dang.

less than a month I m going to bangkok to settle all the things there.

some people asking me, why bangkok? u got offered to go to US and germany but y choose thailand?

Ok, I want to clarify this thing. In life we have to choose. And our choice will be the best depends on how we react to it.

for example, kau rasa boyf kau terbaik sebab kau respond dia sebagai yang terbaik walhal bagi orang lain he is not the best for you. this is how we actually respond to our situation.

kita yang bina suasana rite? bukan suasana yang bina kita.

I told you earlier, I cannot live in comfort zone. Since I was graduated from UPM I never feel any comfort zone inside and outside. Abah was and still sick, got married, Seek for better jobs and many more.But it doesnt mean hati tak tenang. itu lain cerita.

Ia bukanlah aku mengeluh tapi mmg hidup ni tak boleh just sit back and relax. This is my fate I guess. Alhamdulilah, aku bersyukur atas kurniaanNya.

ok back to the topic. why thailand? ada orang buat muka. eeyuw, why so near, Thailand is not safe for god sake. why?

ok let me story,

because I m scholars from UiTM, I have to go through many procedures including 2-3 times presentations and short course. during the presentation they will tell us kita bole pegi negara mana. and while searching for which country you want to go, ada jugak certain country /supervisor yang tak respond, walhal at the same time you are running out of time because scholarship ni ada due date.

at first, I feel down, but being me, saya cuma akan cerita pada mak, atau pun kakak, or my husband. 3 manusia paling rapat.

my mum is my great motivator, dia tak pernah cakap apa-apa buruk. the abah just smile. tak pernah cakap apa2 pun. buruk pun tidak, memuji melambung pun tidak. dia tahu, I ve done so many things alone. I dont want to say I am independent.  Bongkak nama nya. I am not tp most of the time, I am alone doing anything.

nk g german husband kena ikut. bapak jauh. unfortunately he wont have visa to work there. kesian masa depan my husband. 

nk g US, kene amik GRE, oh Dear Allah, I am running out of time.

and after I ask my former lecturer yang sgt menjadi pujaan hati ni, He suggested for me to go to Thai.

after that ade sedikit ujian, and lepas suami merestui , ibu bapa merestui baik in law atau kandung. everything just masuk semula landasan dia.

dan aku harap landasan ini akan kekal sehingga aku dapat tengok mak ayah, suami, adik beradik senyum bila aku naik pentas amik scroll.

AMIN!

tlg doakan aku yang serba kekurangan, pandai tidak, genius pun tidak tapi aku bergantung pada kuasa Allah. semoga Allah beriku kekuatan. 

AMIN!


Tuesday, September 24, 2013

pandai

ASSALAMUALAIKUM

bila kita rasa serba kurang,

serba tak pandai,

otomatik kita jadi rendah diri.

yela, tak luak pun kalau rendah diri. 

sama ada betul kita pandai atau tidak,

ilmu cuma pinjaman Allah pada kita.

tak kisah lah pandai dalam hubungan ke, pandai dalam hidup (ade ke?)

good day every one!

Saturday, September 21, 2013

mulut

ASSALAMUALAIKUM

I agree, sometimes, we people, esp. girls kan, kalau org cakap hal buruk sikit mudah melenting.

masa awal perkahwinan, I heard some body kutuk my husband.

biasala, cakap- cakap orang. It's not kutuk yang teruk-teruk. kutuk ringan-ringan. ala-ala junk food while mengumpat . gittew.

at first, I feel like want to slap that smelly mouth and tell that person 'how dare kau mengutuk my beloved husband'.. but it just my imagination.

and I m not that brave either. muahahaha.

at first, rasa marah tu meluap-luap.

then, aku fikir-fikir sejenak, kenapa harus aku layan mulut-mulut orang? sedangkan orang yang mengata pun tak bagi impak pada aku. lain la dia siblings aku ke, parents aku ke. ptt jgk nak amik pot kan.

then second day, I still feel angry towards that person.

tapi today, I completely feel nothing..yelah, orang bercakap like they know everybody and they are always right.. 

I have my own mission in my life, buang nya masa kalau aku sakit hati pada benda sekecil ni sdgkan org yg mengata x affected pon.

:) owh..... this is life~

Friday, September 20, 2013

gambar

ASSALAMUALAIKUM

hey ya!

since I was young. my sister n mummy always keep their eyes on me. 

eventhough I am a married woman, they still treat me like a kid, I guess. ngahaha.

alkisahnya, what ever I posted on fb wall, my sister sometimes did not agree with it.

dulu-dulu, couple je, post gmbo boyfie awwwww~ cuwit sgt.

but my sister didnt like the way I expressed myself that time.

so we had different opinion, ye lah she is 6 years older than me. 

at that time, I never know that post everything, every pic with a guy who is not your mahram bukan saja berdose, malah tak manis.

bru bercinta kannn.

so, selepas beberapa tahun, I feel ashamed to myself. now, saya cuba paksa untuk letak kami berdua, I mean, eventho he is my mahram now, sy rasa malu wajah2 kami jd tatapan.

maksud di sini gmbar manje la noks. setakat gambo kahwin tu takdela kan, kateeee kahwin kene war2. kite war2 la kejap. pastu takde dah. ngahahaaha. nnt muntah org tgok gmbar ngko senahhh.

haihs, but it's ok, ini satu level kehidupan yang lain,

yang dikenali sebagai privacy :)


Wednesday, September 18, 2013

good progress

ASSALAMUALAIKUM

yessza, I m coming back yaw. not with the sad mode anymore.

today, I am pretty good with everyone around. yes, family support is just a miracle to me.

they know, aku ni stok lembik lembik sikit. and they are just very caring.

especially my mother and sister.

It really makes me feel that I m not left alone by the husband errr. tapi dia nak cri rezeki kann.

my sister and my mother talk about marriage more than before with me, teach me how to deal with it.

make me feel motivated actually.

semalam, when I got back from mother in law's house, I cried in front of my mother.

guess what she did?

gosok-gosok belakang ni cakap jangan sedih.

hehe, I really thank to Allah for those people who exist in my life. They are still there for me. ups and downs. nampak mcm annoying kan duk berendam air mata sbb suami tinggal.

seriously, this is my first time, I got no experiences with firdaus lama-lama macam ni. I am sorry if I annoyed anyone with this overmanje feeling. aku rasa sebelum ni aku tak manja mcm ni sgt kot.

yes marriage is beautiful eventho my marriage is not a fabulous marriage. I got sponsors, I got discount and so on to make it happen, after all, this is a fate from Allah.

Thank you dear husband, I owe you many things. I should say this because now he is the one yang menadah bahu kiri, tanggung dosa diri ini.

the same thing my parents do before I got married. I respect them, and I want to respect my husband too.

I really love him, like I do to my parents.

marriage is beautiful, we cannot say it by words. But it really is.

p/s: my husband, if you read this, I would like to tell you how you are trying very much to be a good husband. Thank you so much. you may not be perfect, but your try make me feel grateful to Allah.

Alhamdulilah, and  missing you....




Monday, September 16, 2013

a start

ASSALAMUALAIKUM

hari ni husband dah balik labuan. gittew. ok sila tukar mode sedih sebab blog owner tgh sedih.

frankly speaking, I never thought after kami kahwin, the feeling is a total different compared to before kahwin.

ingat kan same je*dushdushdush*

yela, sebab kami mana biasa duk dekat lama-lama. maksud saya stay satu tempat same2. sebab bila sy di UPM, die di trganu bla bla bla.

of course, I wont let this become one of my problem anyway..

but husband is husband.

he told me,

-saya lihat awak sebagai rezeki dari Allah yang dtg dalam hidup saya.

hmm sometimes, I wonder, this guy, is not a romantic type sume but I love to remember dia punya pesan.

bukan bermaksud diri ini obsessive, tp it is one way to reduce the pain inside my heart while he is not around.

in this 2 weeks, pegi mana-mana semua same2, makan, lepak, tgok cerita.. that's why terkesan sgt..

feeling gloomy.but still, daus wont tolerate if I cry, dia akan diam je. cannot expect ada org pujuk ke apa.sebab daus tak suka share sgt bila dia rasa sedih same, atau rasa tak selesa...

tapi bila dapat msg die kejap tadi,

I continue crying...

"saya rasa blur je dunia, sebab isteri saya tak ada.. i miss her"

Ya Allah... make me strong..... this is just a start.

Wednesday, September 11, 2013

study

ASSALAMUALAIKUM

ape kabau sume orang? 

free beno gaye idup aku bole update blog hari-hari plak. haha. xdela, arini suamiku pergi main futsal, so, malam ni takde geng nak ajak gaduh. 

kadang-kadang fikir nervous jgk eh nk smbung study balik. back to basic katenye.

moral support, Insya Allah okey. dulu utamakan parents, skarang daus la jwb nya. so far both parents n daus bg permission dan sokongan.

semoga dipermudahkan ye ayu ! :D


Tuesday, September 10, 2013

11 hari

ASSALAMUALAIKUM

after a very long pause, hari ni dapat jugak aku tulis blog. gittew.

while my husband is sleeping and berdengkur-ing besides me, so aku bole la buat keje-keje sambilan.

dia stok tak suke aku main internet masa dia ade, so cam x selesa sgt. fokus pada dia katenye. jom muntah berjemaah. tp dia baik, jangan riso. kihkih

dah 11 hari pun hidup bersama, merajuk dah ada rekod dh. tp so far, die still mcm zmn2 couple dlu. that's why aku ckp kt mak, tak rse sgt kawen sbb daus still mcm dlu. maksudnya still tak perlu amik berat sgt die nak makan ape, kadang2 cepat je die amik sndirik nasik sbb tau aku kene masak.

Alhamdulilah setakat ni.

cuma, aku rse tenang betul. ye la , bila dh kahwin ni berjemaah solat sama-sama. bercerita, susah same2 sbb g jalan2 due org je jauh2. x biase kan sebelum ni jalan jauh same2. honeymoon kt pahang je pon tp dh name first time mmg jakun la budak brdua. hahaha. siap tnye sijil nikah dh bawak ke belom.

perasaan tu rasa indah jugak la. cume ade certain2 benda kite kene follow guidelines. mcm pergi umah mertua, kene buat air, layan tetamu sume.. aku kan cam kureng sket bab2 cmtu. so I ve learnt lots of thing about that.

aku bersyukur jgk, daus jenis x kisah aku masak apa. sume die bantai, kes nya jd gemuk sbb melantak sume makanan. aku sgt happy bile die makan banyak2 yg aku masak. 

dia pun banyak pesan, walaupn dh kahwin, kene jaga tatasusila, jodoh milik Allah jd tak boleh jd riak, kene bersederhana setiap masa. dan suami ni adalah jambatan kita untuk menuju Allah S.W.T.

dan2 je ttiap ari aku mintak maaf , nak masuk syurga kannnnn.

Insya Allah :)


Friday, August 23, 2013

seminggu

ASSALAMUALAIKUM

seminggu lagi maka ini jumaat terakhir katenye sebagai single lagi katenya...

nerves? eh takdelah, menggelupur jeeee, ni takleh tido duk berpikir cemane la aku kawen nnt.

dalam sehari dua ni mood aku swing tahap everest. ye, sebab penat gi ke sane ke mari distribute kad bagai.

pastu beli itu ini, mental aku lemah jap, duit berduyun kuar dengan meriah.

ok konsep kawen aku adelah kebahagiaan tetamu, jd kalau tgok muke pengantin cam ala-ala je, kire kene konsep dah tu. hahahahah. padahal nan hado, cakap je la x mampu nk buat grand.

aish korang tak baik bfikir jahat tau, actually kputusan tanak buat meriah terlajak perahu boleh diundur, adelah kerana menghormati keadaan abah yg masih sakit.

sekali abah tanya, sebab ape tak buat pelamin yu.. tak ke haru di situ. mule la hati terusik balik nk buat pelamin pastu mak cik, kakak, mak cakap tak payah la.

masuk giliran dopot- saya tak nak pelamin. ok, baik diam saje bile dopot dh kate gitu. sebab nya takkan aku nak bersanding sorangggg. muahahaha.. dopot cakap tak suka sgt jd center of attention. ok itu pendapat dopot n because aku nak kawen dgn dia, bukan org lain, toleransi sgt aku utamakan.

walhal merajuk jugak la memula. tp pas die explain2, ok, there are things yg x merugikan aku pun. so far, mak aku pun okay, aku berganda jadi okay. pffttttt.

lately, dopot trying to be as matured as he can, dia bersabar gile dengan amukan puaka aku sebab kdg2 stress kan pikir eh ok ke camni, eh ok ke camtu. pastu cam gabra2 takot x sesuai itu ini. majlis kecik je tp sbb ni kan keje kawen first time noks, mau x gabra.

pukul 2 mengamuk, pukul 2.05 buat2 xde ape2 blaku. haa gittew kekdahnya. aku syak aku nerves nk kawen. hahaaha. bijak kan alasan. mak cik ada datang rumah tanya psiapan. sayaangg mak sedara aku tu. she is very caring. thanks mok mah.

oh ye, lusa dopot dah nak balik terengganu. mak happy mak happy. noks dah 3-4 bulan x ketemu dopot, adekah makin gemok. tapi aku rasa happy tu kejap je, sambung nerbes plak. hahaha. mcm xde keje lain.

ok because this is a personal blog, jd aku mohon anyone yg tbace, pls doakan aku, aku x mtak lebih, mtk berkat dan gembire je sume org. xpe x grand pon, xpe x gah mcm org lain tp asal org dtg dan pulang dgn snyum dah ckup, smbil doakan kbahagiaan kami.

ok byee!

Monday, August 19, 2013

doa

dalam hidup ni 

ada banyak fasa.

cuma aku berharap fasa kesusahan orang yang paling aku sayang tu akan berkurang.

mom, please wait. I will make you happier without having anything to think of other than Allah, abah, and yourself.

this is a promise

Saturday, August 17, 2013

rojak

ASSALAMUALAIKUM

bumi mesir bergolak, jom kita doakan mereka. aku tak nak cakap banyak pasal ni, yang aku tau sedih aku tengok nasib mereka.

amin, semoga bahagia milikmu seluruh saudara islamku.

so far, dalam 2-3 hari ni my life quite stressful. ada konflik dalaman sikit. plus kat rumah ada banyak hal nak settle. mujur parents sangat baik dan memahami. nak2 mak aku la. memang tak yah puji dah bab tu kan?

mak aku baik gile. seriously. memo pulak makin dekat aku nak kawen ni, bila dimandi dah tak mengamuk dh. redha je kene simbah2 air. kalo dulu bdarah abis tgn aku. siap pesan lg kt die

" mo, jangan cakar tangan kak ayu...nak kawengg ni"

haha, kdg2 mcm bodo pun ade aku ni. tapi takpe, ngan kuceng aku je pong aku layan cmtu.

tapi reti bahasa plak si memo tak cakar tgn aku. kalo die cakar maunye aku selam dia dalam baldi. hahaha.

aku nak g kenduri kendara jap agi. abah aku cam biase la, suh aku bawak memo skali.

hahaha, perli aku lettewww. 

oklah got to go, xde ape pon nak cerita, just spend masa sket kt behlog neh. muahaha

top top top

aku baru perasan

bila serabut je aku layan big bang

ni aku tgh nerves nak kawen

addicted balik pulak ngan top 

haishh

top, ai lebiyu. handsome gile makhluk tuhan ni.

stress mak cik.


Wednesday, August 14, 2013

keje nikah

16 hari lagi

haaa, cuak tak cuak tak

cuak jugak aku nya.

the best thing is, kakak is in her confinement period, abg sulung tak dapat balik andddd fadhli tak dapat balik masa akad nikah.

ok, total siblings is 3 excluding me. sobs.

diorang sume tak adela maksudnya.

yang ade cuma memo, the cat. 

of course uncles aunties sume ade, tapi mane same dengan adik beradik kann.

to be frank, I am feeling sad with this. kahwin sekali je seumur hidup.

kejap orang cakap dugaan nak kawen ni besar.

setakat ni doorgift dah setel

borang kaweng dah setel

kad dah distribute

veil nikah belum abis jahit

evything ngan wedding vendor dah settle but color bunge tgn belum konfirm. lembap ayu lembapp.

hantaran dopot belom sbb beliau blm balik dri labuan, 9 more days.

andddddd papan tanda belum print out- ok this is lembap too.

can u see? i need to think about every single thing! hahahaha.

ok one more, bilik pengantin belum setel jahh. :(

mental preparation ade sikit kelam kabut, baru tadi merajuk ngan dopot.

aish.

pressure jugak eh. 

ok lah, quick update yet soooo long update.

bye!

Thursday, August 8, 2013

total jerk

berdasarkan usia pengenalan,

I shouldn't hate him this much.

but I do hate.

selama aku hidup, I never hate anybody like I do to this guy.

kesabaran mungkin makin menipis.

but dont worry, of course bukan dopot.

till this moment,

tak pernah lagi orang lain buat aku rasa sebenci ini.

selamat hari raya.


Tuesday, August 6, 2013

raya dan tunang tak balik raya

ASSALAMUALAIKUM

dah nak dekat pukul 4, aku tak masak lagi.

ari ni nak buat singgang asam pedas dgn kangkung goreng belacan ngan goreng aya a.k.a ikan tongkol.

simple much? ye la kot. fedulik ape, asal kenyang. nomnomnom

sedap tak sedap belakang kire okeng. muahaah.

lagi dua hari nak raya. mood rindu dopot tak ade sebab beliau tak balik raya nih.

nanti balik terus cuti untuk kawen sekali. itu yang seronok tu. masa tu mood rindu on aje. hahah. keji angat.

skang bile die call, jawab le- hah nak ape call ni?? kasar2 gittew kekdahnya.

ape ke tak hangen. call due saat pastu, ok2 sy nk g site, ok2 sy nk g meeting. kalo depan muka dh lame aku hempuk. tapi syukur kene ade, at least die call walopun biji. awwww. mata ke atas tgn ke bahu.

kekdahnya org lelaki ni dia tak nak kita bebel bile die x call, so die call la buat penuh syarat khenn.

takpela, raye taun ni tak raye same la jugak. same mcm taun lepas. merungut jugak dopot sbb x dpt balik.

lalu ku jawab

"xyah balik ler, mcm x signifikan sgt ade ke xde...muahahaha"

pastu beliau pun kechil hati.. muahaahaha...

dan2 je cakap.. aihh dpt bonus x dpt balik plak...

terus la mak lampir melompat girang mintak itu ini....

masa tu revenge bermule la...." xde bajet untuk awak, lenkali la ye, kata x signifikan.. nasib ler...kihkihkih"

kuang hasam kau dopot.. tunggu...kecik besar kecik besar je aku nengok ...haha

ok la, happy raya sume. maafkan daku jika ada salah silap yo.


Monday, August 5, 2013

friend

ASSALAMUALAIKUM

talking bout friends, tak banyak yang aku mention kat sini.

aku bukan jenis melekat dengan kawan, tak bermaksud aku tak suka berkawan.

aku suka bercakap, and if you re happened to be my friend, u ll know that I am a talkative person.

like it or hate it. sometimes I do want to change this habit. I just love to laugh and make stupid jokes.

so, semua tu perlukan kawan untuk di alirkan tenaga banyak bercakap.

but it doesnt mean I have specific friends that I can turn to when I have anything inside my mind.

ni excluding my mum lah kan. she is my soul mate to be exact.

aku pernah punya kawan-kawan baik. tapi yang aku sedar, sifat bias aku tinggi bila aku address this person or that person kawan baik.

aku hadapi masalah sukar nak percayai kata-kata orang so that aku realized, I have to do something.

so, aku gugur kan title kwn2 baik, kepada kawan. yes, everybody is my friend and I have to be kind to them.

cuma yang berbeza,ada yang kenali aku dari segi yang berbeza-beza.

aku nak hangout n focus with anyone that I spend my time with. so aku tak perlu membezakan kawan.

it's hard to do this at first, aku rasa lonely. mana kawan mengumpat aku, mana kawan yang tau if aku rasa nak kutuk orang, mana kawan yang akan dengar luahan hati bila aku gaduh ngan boyfriend.

I lost them all to be exact. bukan salah orang lain tapi kerana diri aku yang ingin mcm tu.

tapi, I told you what, sebab aku deal dengan cara macam ni, buat aku lebih tabah dan berdikari.

jangan silap faham, aku tak putuskan silaturahim. a big NO to that. tapi aku pandang dari sudut positif, aku dah tak ada kawan mengumpat, keji dan sebagainya.

bila aku lihat sesuatu yang aku tak suka, aku tak ada tempat nak share. tapi bila aku perlukan pendapat, aku boleh cari kawan-kawan aku untuk mintak nasihat.

aku rasa tenang sangat macam tu. aku mungkin tak ada kawan spesifik, tapi aku ada waktu spesifik khas untuk kawan-kawan.

it just much more comfortable :)

Saturday, August 3, 2013

semak

ASSALAMUALAIKUM

tak sampai seminggu raya

lagi 3 minggu lebih nak kawenggggg. aaaaaaaaaaaa.

doorgift tak complete lg, baju pengantin x settle lg, hntran x settle lg, kad blm pos.

xpe, nnt pas raye aku setelkan

pomissshh!


Thursday, August 1, 2013

numb

ASSALAMUALAIKUM

lame pulok x update. sebab anak-anak sedara dah balik rumah. their mommy dah nak deliver baby.

anak sedara ke 6 is on the way. ngehehe.

to be frank, each day passed by with worry feeling about how am I going to adapt with my new life after start my study.

the process is still not complete yet. visa belum buat and other things too mcm kena pegi kedutaan sume.

I m thinking about my future husband too a.k.a dopot.

how we will adapt with PJJ husband and wife status.

for dopot, dia okey. setakat ni dia sangat happy aku nak sambung study.

ada kawan aku cakap, bersyukur lah. still aku tawakal pada Allah.

dopot ada cita-cita sendiri jugak.

dia nak serba tahu pasal kapal. aku pun pelik orang yang minat kapal sangat. since biasa aku dengar orang suka kereta or motor. dopot pun. tapi ship engineering tu mcm core interest dia.

so, dopot bg space 3 tahun ni nak kejar cita-cita kami.

(@.@) 

huuuuuuuu....................i feel numb.