Monday, December 29, 2014

we are 8 months!

ASSALAMUALAIKUM WBT

hello, hari ni saya dah 8 months pregnant. eh? too fast too furious pulak.

ayu nervous tak? nervous nervous *sambil angkat tangan*

while waiting for the right time to come, I also busy to finish every single thing to leave bfore my confinement period nanti.

berbuih mulut nak ingat satu-satu. so I jot down every single thing in my organizer.

alahmak esok abstract kene hantar. ok put aside for a while.

senak sminggu otak duk mencari new method.

I guess my baby pun dah naik muak.

esok my other baby *dopot* will going back home. safe journey baby!

alone.

hahahahaha. sentap mak. heols told me, ayu takyah lah balik nanti naik flight kene amik surat doktor lagi bla bla, keje banyak kan? duk kl je. nanti pas cuti di trganu saye pegi kl ok?

emmm, what if, kita balik naik kereta? I asked

lame perjalanan tu dalam kereta its not good for you bla bla bla

I replied. ok tak nak ajak cakap je la.

then he laughed. hahahahah paham pun.

So I still do not know dia care lebih ke dia tak nak ajak. being emotional I chose the second option.

tapi nanti daus nak dtg kl jugak kannn *pujuk diri sendiri*

p/s: it has been 2 months since the last time I saw him, jangan gemuk2. nanti tak tau sape yang preggie. :P

bye.

Sunday, December 14, 2014

7 months pregnancy - update

ASSALAMUALAIKUM

this time around, I update for my 7 n half month pregnancy.

I did monthly check up  and booked for delivery already when I was in terengganu.

so far soooo good and my baby is becoming more and more active than usual.

one of the doctor yang scan bersungut

how la nak scan your baby? very active ni clever baby.

not sure the doctor saje nak amik hati kot. haha. padahal geram sebab always move. haha.

All praises to Allah.

typical dah sarat already so I became quite emotional and tired during the day.

but still my lab is my second home.

I love to see my other child which is bacteria that I ve grown each week since last months

wish them grow well so that I can have the good results and findings.

tehehehehe. love u the other child.

I hope my baby will keep learning just like me.

my prof always tease me , haaaa make sure u sempat sit for final exam before your delivery.

hopefully, Inshaa Allah.

tease pun tease jugak I think he doesnt want me to postpone anything. me also dont want to.

but I leave it all to our Allah the Almighty.

siap2 redha dengan apa yang bakal jadi, but will strive for the best first.

doakan kejayaan ini jadi milliku , aminn.

and my baby? see him/her in february yawww!

p/s: banyak lagi barang baby belum beli, sorry your mama is quite busy and your nanny is too cool she always say- rilex laaaa nnt beli laaa. end up baru beli sikit2 je. hihihih



Saturday, November 22, 2014

6 months 2 weeks

Assalamualaikum

lame dah tak mencoret. malam ni agak free sikit. right after isyak tadi join ceramah ustaz Ebit Liew.

but cannot focus much since I have back pain now. quite hurt to sit on surface yang keras2.

so every body sit down on the floor, me? I have a chair. haha. malu la jugak sposen.

but then, I managed to finish the ceramah session. It is quite interesting about ustaz which he has a very big heart for Islam eventho he is muallaf.

ok enough talking bout that.

sekarang my pregnancy dah 6 bulan n half. 2 more weeks before 7  months.

I ve prepared few baby stuff in the car since I dont know if any emergency might happen.

lagipun saya sendiri2 aje di sini. to eliminate the risk tu mustahil lah but I try my best to reduce any risks.

tehehe, some people say, die takde perasaan ke sarat preggie and husband duduk jauh?

sapa tak ada perasaan. I have too. but at the same time I am really busy with my study.

Lab, paper works, glass house, etc.. buat diri ni tak ade masa nak fikir. Sometimes datang jugak, but then tak sempat nak layan dah penat.

I have problem with leg cramps during night lately. to overcome this, I seeked for calcium pil. hopefully menjadik la kan. orang teganu panggil settok karung. bila kaki dah tak nak gerak.

aku syak kekurangan kalsium sebab tak boleh telan susu.rasa mual.

my baby is more active day by day. kicking, rotating up and down.

hihi, semoga dia sihat di dalam sana.

ok now time to sleep, soooo tired today. pancit already.

bye

Friday, October 17, 2014

5++ months already

ASSALAMUALAIKUM WBT

ha, here I am today after 2 days off from books, lap top, lab works, field works etc.

super penat but with this pregnancy I dont know why the spirit keep coming and coming

spirit je lah. kejanya still not reaching the purfect level. pfffttt.

ok now, my baby is 5 months old inside me. can kick already especially during hungry.

and I cannot be hungry at all. rasa mcm separuh nyawa. haha.

but still makan memilih, trauma because of alahan. still muntah sometimes. tapi macam once a week je.

to be frank, bila baby dah mula bergerak, sometimes I do need my husband to accompany me. like go for scan and all.

but I dont know why, If sembang teh tarik with my baby, when baby kicked, I feel like- it's okay, daus cari rezeki for both of us jugak.

so dah tak rasa touched ke ape ke. I think rasa lagi bersabar during pregnancy compared to dulu-dulu la. haihh, lain orang lain ragam kan.

but Alhamdulilah for all.

semoga baby akan keluar sihat walafiat sempurna sifatnya , aminn.

last check up, everything is fine. my due date diawalkan seminggu which will be on 24th Feb 2015.

Another 4 months to go. Ya Allah cepatnya masa berlalu.

hehe, and I m completing my work here for phd. Hope everything goes well.

In Shaa Allah aminn.

wish me luck.

:)

Tuesday, September 30, 2014

perjalananku

ASSALAMUALAIKUM WBT

hari ni aku masuk half day ke lab. 

seronok tapi tengah2 buat kerja pandangan jadi gelap pulak.

adeh takkan pitam kot? ye pandangan mata dah berpinar nasib baik sempat capai kerusi.

pastu terus tunduk sebab rasa pening tiba-tiba. b.p low ke, tak makan pagi ke , xtau la.

tapi makan je pagi tadi. makan roti.

tak cukup makanan ke baby? haha. idokle aku tau kan.

tapi dugaan kesihatan ni boleh datang bila-bila masa je.

mak aku paling gelabah if blood pressure aku low. dah berapa kali rebah di pangkuan beliau dulu-dulu.

di pangkuan gittew. ayat macam ermmm. haha.

tapi bila jadi camtu aku cecepat call mak aku. suka mengadu kekdahnya. hihi.

mesti mak aku risau. tapi aku lagi risau kalau tak bagitau mak aku.

ape je nasihat dia pastu menyenangkan hati aku.

"ayu, sila pegi makan segera"

"okey mi"

aku dah tahu pun tapi bila mak bercakap kan. serta merta start kereta pergi makan.

kalau call daus, akan cakap

"wahh, anak saya kuat makan, sampai pitam ibu nya..."

lawak tak kena tempat bang. haha.

but I will call both if anything happen. sorang penenang hati sorang suka wat lawak tak kira masa.

tapi yang paling penting , ingat lah nikmat kesihatan yang Allah bagi. tak ternilai harganya.

sobsob. terima kasih Ya Allah.

p/s: malam ni tak dapat attend kelas istimewa tu. sedih sebab terpaksa. :(

Wednesday, September 17, 2014

hidup baru

ASSALAMUALAIKUM


hari ni super penat. lab n class for a whole day.

to my baby: please be strong together we walk towards success. gitteww.

aku kadang takde berkawan ni duk bercakap la suh dia kuat sikit.

saje je la padahal nak kasik semangat kat diri ni.

so far alahan dah berkurang, Alhamdulilah.

semput2 je masa regis second semester dah almost 4 months. and alahan berkurang. tapi still ada.

aku dah syukur berlipat lipat ganda dah.

aritu langsung x boleh bau nasik since puasa sampai la awal september.

bau nasik muntah makan nasik muntah tengok nasik muntah

thorbaik.

so, berat pun dah jadi 38 to 39 kgs. 7 kilo turun.

sekarang i m struggle to increase my weight back.

jenuh la mummy and daus call hari-hari tanya makan apa. risau la tu kot.

nasik dah mampu telan walaupun tak sampai sebungkus. syukur ya Allah.

so far baby dah ikut berat yang sepatutnya. scan nak tengok jantina tapi dia pemalu mcm bapak dia. hahaha. pemalu lah sangat bapak dia kann.*gedik2 kening*

so die kepit. nanti lah lenkali kita check awak lagi ye baby.

oklah, tu je perkembangan kita hari ini ye. nanti update lagi kalau rajin. kalau malas, kita sadaikan blog sampai berkulat.

hewhew.


Monday, September 8, 2014

hurt

ASSALAMUALAIKUM WBT

dah lama tak menulis. mood kelaut. mungkin.

daus dah balik ke Labuan. 

awal bulan 6, masa aku pergi sana melawat kawasan haha aku tinggal daus kat airport

aku perasan daus nampak sedih

perasaan ditinggalkan ni tak best kan?

Dah setahun lebih pun, aku belajar banyak dari hubungan kami supaya tak sedih dah.

nak-nak bila pregnant, aku tak nak emosi terganggu.

kali ni daus balik lama sebab nak settlekan urusan aku.

sempat lagi dia demam 3-4 hari.

sempatla aku jaga dia kejap. tak jaga sangat pun. dah tua kan. haha.

tadi hantar dia balik labuan lagi.

pagi tu okey, it was fine all the way alone driving back to destination.

tapi malam ni duk teringat-ingat. aku baca orang tulis kalau terlalu rindu suami kita kena sedekah al fatihah atau yasin, meskipun belum meninggal.

terima kasih Allah sebab pinjamkan suami dan ibu yang baik pada ku.

aku terlalu rindu mereka.

:'(

Sunday, August 17, 2014

my pregnancy

ASSALAMUALAIKUM

tehehe- feeling dizzy. how are you?

for those who followed my instagram already knew that i m expecting a baby.

3 ++ months already and it is superbly amazing feeling deep inside my heart.

and amazing alahan experience too (T.T)

heheh, I never imagine I ll feel this way eventho mak dengan kakak pun experienced the same thing.

keturunan agaknya? hahah.

muntah pagi petang, malam kurang sikit. but I feel a lot dizzy lately.

go check at clinic, yeah tekanan darah n my hb is low. berdiri je rasa nak pitam.

it's not like i m having fever, but i feel so dizzy. I think 50% of preggie mummy will feel the same thing.

sorry me, this is my first time. so I just want to share what i feel. hahah.

I m freaking clingy to my husband all this while, during his stay on hari raya..i always ask him to massage my feet.. sumpah rasa lenguh mcm berlari 100m berpagar dan berganti-ganti.

after all, I thank Allah for giving me the opportunity to feel this way and hopefully my baby will grow healthily to be good muslim/muslimah in the future..

tolong doakan aku sekali ye. semoga cepat sihat.

:)

till then, good bye.

p/s: my phd is still going on, can we call my baby, baby phd? hahaha. sounds funny.

Monday, August 4, 2014

senyum

ASSALAMUALAIKUM

nak senyum luas

lebar sampai nampak gusi

ngehehehe

Tuesday, July 22, 2014

my marriage

ASSALAMUALAIKUM WBT
hai :) bersua kembali. ngeh2.

malam ni I m not feeling well. td dah tidur and now, woke up again. tak bole tido dah.

I took my phone and tengok dah 22 July pun. yes, 5 more days before hari raya.

Last year I still remember I didnt have enough money to buy my own baju raya. and to my mummy too because of my tight budget for wedding.

BUT

my abang sulung gave me and my mum abaya, so we use that abaya for raya. Thanks-only-after-a year. haha.

last year, it was so hectic. I planned everything alone for wedding. some helped me with financial, decoration etc. some helped me with advices. Thanks to them.

It's almost a year. The memory is still there inside my head. kerje kahwin tak mudah. frankly speaking.

because all I want is keberkatan using my own money-eventho not all, and tak susahkan parents.

so ta-dah, it happened like I want (physically) haha.

But mentally, It was a new start for me.

I learned lots of thing in this marriage. How to cooperate, how to learn guys thingy-esp daus.

I also learnt that how we should put Allah first before human. I am sorry, I am a learner, and still learning. before this I know but I didnt put it solely into my heart. 

yes, this is how my marriage changes me. My parents taught me everything from the start and let me walk using my own feet in this challenge. Thanks to them.

Pray for me to get through this path happily with daus and Inshaa Allah with our future kids.

till we meet again guys.

bye!




Monday, July 7, 2014

pause

ASSALAMUALAIKUM

wah, long pause. really looong pause.

blog ni dah bersawang sangat because I ignore it to the max.

dont have readers, so dont worry much about that.

during my silence, too many things happened.

be it good, be it less good.. but too many things happened lately.

I am a happy wife, still. and still married to a lovely husband err annoying sometimes. haha

and also a happy spoiled daughter to my mom :P

now, I m in Terengganu until September.

After I closed my fb account in May ? if I m not mistaken, I feel living in calm and peace.

Now I am considering to close my blog. 



still considering......

haha bye!

Monday, May 12, 2014

bebel

ASSALAMUALAIKUM

sementara tunggu kari ayam siap masak. moh tulis blog.

hehehe.

in case u wonder why I always cook myself here, because sikit sangat pilihan makanan halal di belah north thai.

bukan north sgt. tgh2 jugak la. sbb majority xde muslim kat sini kan.

halal cafe pun tutup time cuti sem. sadis much? haha. tak la. I still remember my words to mom

"mi, ayu suka yang ayu masak sendiri" 

so dah kene setepek kat dahi. everyday I have to cook myself. haha!

but I have no regrets on this matter. rezeki Allah, Alhamdulilah still have food to eat kan.

and one more fact about my place, diorang CUMA ade ikan air tawar je. tilapia,  keli, etc?

oh~ keli tu bole hadam la kadang2 tapi yang lain belom boleh lg.sebab aku jenis pemakan ikan laut.

so that's why i have to eat chicken n meat. daging pulok kdg2 je ade yang halal certification.

if tak ade or habis kat tesco, kita makan ayam saje lah. no hal punye! haha.

ok, end of story. kari dah nak masak dah. 

bye2 :)

p/s: I ve closed my fb account. whatsapp sounds cool for me. 




Sunday, May 11, 2014

the other mommies

ASSALAMUALAIKUM

ok, malam ni aku tak dapat tidur pulak. aku ada mission sikit tapi mata dah nak terkatup ni. haih.. ayu..ayu..

I have two close aunties, ommah ngan acu I called them.

masa aku kecik-kecik both aunties ni rapat sangat ngan aku.

tahap aku tak balik rumah sebab mengekor diorang aja.

tu tyme diorang belom kahwin. tapi lepas suma dah kahwin.

aku menempek pulak tyme mak cik aku deliver baby.

I can still remember my mom pukul me sebab takmo balik rumah duk mengadap baby je keje nye.

haha, it was so funny to think back about those days.

my mom amik pokok dalam pasu nak membedal her daughter yang super nakal.

kalau ingat balik tahap nakal aku, cannot imagine how close my mom with me right now.

and also my aunties. both aunties are really close to my mom too.

sebab my mummy is their only sister.

now, when I have time to go back to Terengganu, mesti akan jumpa mak cik-mak cik dengan cousins yang masih kecil dan bersekolah.

they really remind me about my childhood. but most of the memory aku dah banyak lupa. I dont know why, aku cuba nak ingat masa kecil aku tapi tak dapat.

Now I am so happy having them in my life, mungkin aku cousin yang dah tua berumur sikit so tak masuk korum sangat tapi best melayan budak2 and also my anak-anak sedara.

they are so sincere, nice and naughty.

awwwww, am I homesick? hahaha. that's the point

ok till then, bye.




Thursday, May 8, 2014

baca

ASSALAMUALAIKUM

now I m in Thailand already.

just got good news from my husband. ape news tu? hihi, aku simpan la dulu nanti akhir taun buat conclusion.

choi sangat kan. haha.

 but anyhow syukur Alhamdulilah rezeki kami suami isteri.

okeh, during my wedding, few friends gave us buku agama , ada yang aku lupa tajuk nya, and now yang aku akan baca bfore tido is Cinta Kerana Allah- Ustaz Pahrol.

This was given by my best friend since school. Thanks to her. 

This book is recommended for anyone yang belom kahwin or dah kahwin.

Selalunya aku akan baca 1 chapter bfore sleep and then kroooh. gittew.

but the content menyentuh hati. speaking of books, aku kan jenis yang tak dapat hadam novel. baik melayu atau inggeris. tapi bila baca, kena yang betul terpasak di sanubari. kalau baca 3-4 chapters boleh -yawnn-  konpem aku campak awal.

kihkih

last time, aku layan novel yang pharell william baca. pasal the alchemist. how to chase our dream. aku sempat baca sampai berbelas chapter. then I surrender. Imaginasi kene tinggi or aku yang kurang kreatip? haha

but apa-apa pun, I really hope I can find a book yang boleh touch hati aku mcm the present-spencer johnson, ngan the love of a king.

so, I will read till I find a new one...

bye2 :)





Thursday, May 1, 2014

perli

ASSALAMUALAIKUM

hari ni aku still di terengganu, of course best gile balik kampong.

actually aku ada agreement yang kena sign dengan uitm so gigih a balik nak settle.

phew.

ok talking bout fb status

ade friends yg pm me and whatsap-ed me

asking, adekah aku tuju pada X or Y (refer to my status post)

hurm, frankly speaking kan, aku sendiri tak sedar aku refer kat sesape.

just because aku tak tau pun life orang lain or even their fb wall

and my news feed cuma penuh dengan berita/latest update

aku tak tau kalau zaman post status perli sindir orang is still relevant

but for me, kalau tak suka orang tu

jangan amik tau

even fb wall pun tak payah tengok

kenapa nak kusutkan hidup kita yang aman?

seriously, I never have intention to menyindir orang dah. 

I m not too good, but I dont know bout others too much, to hate them or to make it into words

banyak benda perlu difikir kan?

dulu aku banyak buat benda macam tu, I admit. but now. I dont even care.

seriously, it will waste my time.

unless orang datang cari pasal, penah jadi pun, tapi tak perlu dah nak reveal kt fb/social media.

entahla, semoga akan datang pun dah tak buat kerja ni sume.

takmo ade negative influence dlm life, penat woo..

.... 

Sunday, April 27, 2014

sakit

ASSALAMUALAIKUM

yeay, esok aku dah nak balik Malaysia. balik je kan keje nye? haha. xpelah, tu pun tujuan aku datang belajar kat Thai. sebab mudah nak gi balik jenguk mi abah, mak ngan ayah mertua aku..dan ahli kuarge yang lain.

wah panjang mukadimah kau senah?

haa, cakap pasal sakit.

last week rasanya daus demam seminggu.

knowing my husband, bila die demam ke, batuk ke, selsema teruk, die akan emo.

dapat mana perangai pelik tu tak tau la aku.

tapi at least ada la jugak emo dia kan? haha selalunya aku je over emo.

aritu kawan dia kejut dia bangun tido tengah malam, saja2 nak mengusik, time die demam tu, sekali dapat jerkahan harimau bintang, aummm.

aku rasa die rse bsalah kat kawan die, gigih tengah demam tu dia call aku, cakap die terjerkah kawan dia.

aku pun tak tau nak kata apa.

aku suh je la die mintak maaf. pastu aku sambong tido. selesai masalah. haha.

tapi yela perangai lain-lain kan, aku kalau demam ke, masa tu lah aku over sedih, aku teringat sume, aku teringat memo, aku teringat mak aku, aku teringat kakak aku..tapi aku x garang la.

cakap hal memo, dulu kan aku diserang period pain. masa tu before kawen. period pain yang super pain. haha. frankly speaking aku jadi sakit camtu sebab aku consume produk shakl** (tak bole taip penuh nnt kang kene saman) haha

aku ada amik vitamin dia due jenis. konon nak kulit gebus tapi ttibe jd sakit lain, maka menggelupur la aku. masa tu mak aku xde. memo ni die tau aku sakit sangat, die duk la bertepek tepi aku..

biasanya die x suke org duk dkat2 ngan die. sampai la due2 tertido. bile aku terjaga tu aku tengok kaki aku dah duk atas badan memo. cian memo aku. huhu.

nasib bek esok dah nak balik kalo x, mesti aku dah nangis2 teringat memo ni.. tu kucing kedua aku sayang gile sebab dulu aku ada alpo. alpo ni nak kejar aku pegi skolah, tapi die x sempat break tersasar atas jalan, then kene pijak ngan van.

aku angkat die berlumur2 darah. pastu aku dah serik bela kucing sampai la memo datang umah aku tahun 2012.

oklah, takde ape pn nak tulis. saje2 update untuk hilangkan boring di pagi hari. hihih.

bye2.


sayaaaaaang memo sangat-sangat

Saturday, April 19, 2014

craving

ASSALAMUALAIKUM

lame jugak tak hapdate kan. bole la. haha.

i m so gloomy - eh mcm cuaca plak. nowadays.

sekarang waktu tido dah berubah which bangun terlajak awal. sejam sebelum subuh, Alhamdulilah.

tak tau la kalo balik malaysia bertukar lagi waktu tido. kahkah.

subuh sini dah injak waktu awal balik which is pukul 5 pagi. not to be exact on 5 a.m la. mcm 4.50 sumthing.

so pukul 6 dah habih subuh.

bila bangun awal terlajak. dalam pukul 1 tgh hari tu ada dah rasa ngantuk.

nasib baik tido tengah hari tu sunat kan. kiki. alasan la ayu oi.

pastu tido la kejap. skali tjage pukul 3.

dah 5 ari craving ais krim marshmallow double dutch tu.

tau nye bangun2 tido, tukar kelengkapan perang, pakai tudung, start moto dengan mata merah nya

gi 7 eleven. masa bayar tu cashier tengok muka x semenggah ni mengidam eskrim. kakaka.

pastu dia duk promosi hot item. in thai- noinoinoinoinoi.

aku pun jawab je. i dont speak thai dengan mata sikit lagi nak tutup. pastu dia gelak je.

mesti dalam ati dia cakap eh pempuan ni, nk tido ke nk dtg membeli..

pastu balik umah makan 2-3 sudu je eskrim. wat lepas craving je pong.

pastu buat roti sardin. 2-3 menjak ni rajin plak memasak. biasanya bedal nasik je. tapi kesian kt diri sendiri. at least hidup sorang, xmola sedih sgt ye dok. hahaa.


ni ha roti sardin. pas masak tu amik gmbo send kat mummy.

ape lagi mak aku - aumm sedapnya dia kate.

tau dah mi suka roti sardin ni. nanti balik kita masak kat mi. haha. bunyi mcm nak masak nasik mandi. beria kan kau ayuu.

oklah cau cin cau, ayu nak wat keje dulu yosh.

tolong doakan phd ni abis cepat. tak sabar rasanya nak abis study. aminn :)

Wednesday, April 9, 2014

emo

ASSALAMUALAIKUM

daus dah balik malaysia

dia bawak hati aku sekali

:(

Wednesday, March 26, 2014

daily update

ASSALAMUALAIKUM

hari ni masak nasik goreng cina. dengan teh o ais limau.

yummeh.

malam ni nak study kann tapi tetibe plak ade cite 'the journey' tu kat website movie.

postpone jap study moleh?

pukkkkk atas muke. hewhew.

next week daus nak datang lagi. yea yea.

gigih kite ngemas bilik.

sampai owner apartment pun cengang-cengang sebab duk vacuum sana. pukul-pukul  karpet.

gigih gila. haha.

padahal malas nak dengar kalau daus membebel.

eh banyak rambut gugur

eh kenapa tak vacuum habuk.

haa gitteww. laki iols bukan perfectionist sgt tapi malu la kann kalau di syaki hidup dalam habuk-habuk kan.

pastu kan kat sini aku idok tau la summer ke musim bunga ke.

tapi sakura thailand tengah kembang.

diorang dah block jalan just untuk rakyat marhaen bergambo setaun skali dengan sakura.

sakuraaa mohon bertahan sampai daus datang.

ktorang pun nak bergambo jugek!!

ok bubui.

p/s: cantik nya pink sakura.

Saturday, March 22, 2014

redha

ASSALAMUALAIKUM

last night I was so curious about one thing, LOVE.

I love my mom so much that I cant describe how I feel.

I miss her everyday, like every single day.

semalam I was cried hard sebab terlalu rindu kan dia.

I miss her bedak smell, I miss her smile, every thing about her.

sampaikan diri ini berdoa, 

jika sampai satu hari, hari di mana akan ku luka kan hati ibu ku, ku mohon Allah tarik nyawa ku sebelum itu.

I can say every stage of my life mesti mak paling penting. mesti consult dengan mak.dan mak mesti nasihat buat apa-apa dahulu kan Allah.

the best advice I ever have from her, only from her.

orang cakap, bila kawan baik, die akan nangis bila kawan baik sedih.

one day, my mother told me a thing take make her felt so sad, her tears make me double sad.

and result nya, mak aku cemas sebab aku nangis lagi kuat dari dia. hihi

I dont know if I ever do something that make my mum mad at me. Nauzubillah.

before this aku selalu fikir, why I come here? I dont feel happy living alone. I hate to go out. I hate people dont understand what I talk. 

then, I remember, my mom told me, once ayu redha dengan setiap kejadian, ayu akan rasa manisnya hikmah Allah beri.

and lately, I feel the change.

I am happy to see things around my neighborhood, I love the rain smell here, I love how they help me because I am foreigner..I love the flowers

and yet..

I will put more on the things that I should put in my 'redha list'

yes, you are correct mom. you are always. semoga kita akan bahagia di dunia dan jannah Allah ye mi..


 I love you




Monday, March 17, 2014

palsapah

ASSALAMUALAIKUM 

aku tengah tunggu ayam paprik a.k.a ayam masak merah aku tu masak ni.

hari ni mengidam ayam masak merah ngkoo. tapi hasilnya jadi ayam paprik.

aku mmg magis sket kalau bab2 memasak.

ritu nak buat gulai turned out jadi kari. nasib bek la laki aku tengah mengidam kari mase tu.kihkih

motip mengidam diaaa? haha.

aku ni malas nak bukak facebook ni.

aku penat tengok orang Malaysia bertelagah.

kenapa yek nak gaduh sangat.

sume rasa nak bijak je.

tak paham.

pakar-pakar dari negara kita masih kurang. tapi yang tunjuk pakar tu ramai.

semoga Malaysia akan terus berkembang dari segi ilmu, ekonomi dan sebagainya.

orang cakap jangan fikir benda kita tak mau. patut nya kita elak2 la maki hamun tu kan. hmm.

semoga aku dapat bantu didik anak bangsa aku kelak, Insya Allah dan diberi Allah ilmu Nya untuk membangunkan negara kita..



Saturday, March 15, 2014

Ngeri

ASSALAMUALAIKUM

ha tgh2 bulan ni, emoo datang lagi. bukan tora je datang. emo pun sekali.

tetibe feeling kan. rasa macam kalau la aku tak sambung phd.

mesti masa ni aku tengah bergolek ceria dengan kucing-kucing, baby kucing dan segala keturunan kucing yang aku bela tu.

semalam dan meraung dah. ape lagi, daus the suparman pun pujuk la binik die ni.

dah la laki tak reti pujuk kan, kau cari pasal nak sedih bagai.

haiissh.

tapi inilah, ada ups and downs la kan. tak sokmo nak up je life ni.

ekcelli perasaan pelik ni datang sekali sekala. padahal takde ape pun ngan my study.

pastu kan dengar pasal ada orang wat phd sampai mati sebb tension.

oh tak maaauuu tak mauuuu.

nauzubillah.

mintak2 la cepat abis phd ni. nak duk Malaysia diam2 ngan family.

heaven.

wish list baru: ABIS PHD ASAP!!

ASAP tau ayuuu!!

Tuesday, March 11, 2014

parents

ASSALAMUALAIKUM

tadi mak aku call.

sebab aku call due tige kali tak berangkat. siram bunga kot.

tapi mak aku jenis hari-hari akan call. ye la pakai viber. free je kan.

memula aritu siap aku lukih atas kertas putih gambo enset ngan lambang viber.

lama-lama mak aku pandai sendirik. kikiki. comel sangat mak aku ni.

kalau mak aku call, mesti ada suara back ground kat belakang.

suara abah lettew. abah nak sembang jugak, tapi yelah abah tak sihat sangat lagi tangan dia.

aritu balik, aku syukur jugak sebab aku masih rasa aku seorang anak yang diperlukan parents.

aku still basuh berak abah. sampai abah cakap, nak ayu basuhkan.

aku rasa bangga :)

mi.. abah.. semoga ayu abis cepat phd.. untuk mi abah happy...

masa balik aritu, aku selalu tidur dengan mi dengan abah.. abah duk atas katil.. aku dengan mi tidur asing..

bila nak tidur aku tengok je uban ke dua-dua mereka..

Ya Allah, tolong lah aku untuk gembirakan mereka.. amin..

dan bila aku nak balik lagi, subuh tu, abah nangis-nangis.

mungkin dah tak ada orang dia nak kacau.

bila abah duk congok2, anak-anak kucing aku masuk.. gigit kaki abah..

terjerit-jerit dia. geli kot.

hehe, happy betul bila tengok parents aku happy.

aku betul-betul sayang diorang :)

Monday, March 10, 2014

MH370, pray for them

ASSALAMUALAIKUM

sebagai rakyat Malaysia, I am so sad for what had happened to MH370.

my flight was yesterday to Bangkok.cuak.atas flight pun orang discuss pasal ni. 

malam sebelum tu asyik tido tejaga tido tejaga je

bukak fb, mengharap dah jumpa.

tapi belum..

jom baca yasin dan solat hajat untuk mereka, semoga Allah membantu mempermudahkan urusan SAR.

aminn aminn.

Friday, March 7, 2014

sayu

ASSALAMUALAIKUM

malam ni adalah malam last aku di Terengganu. oh my ganu.

sedih tak nak tinggal umah? nak mati tanya soalan cenggitu? op kos la sedih.

kat umah ada mak, kalau daus tak ade. kenangan tu ada. huhu.

kalau gi umah mak mertua pun sedih, petang tadi pegi sorang. sebab tau umah daus tu kesayangan dia.

jadi hiba je T.T, tambah pulak tokki daus bgenang2 air mata bila aku cakap nak gi Bangkok lagi ni :'(

bye-bye sume orang di sini.

best gile balik kampong.

tapi tanggungjawab kena laksanakan. aku pasti, mi ngan abah will be the happiest parents in the world sebaik saja aku dapat tamatkan PhD.

oh tak lupa, daus jugak, will be the happiest husband, tak mudah kot nak bagi isteri kecik yang super menggelabah ni harung hidup sorang diri di negara orang sane.

semoga kepulangan aku ke Thailand kali ni akan memberi pulangan lebih baik. 

aku tak dapat janjikan apa-apa dalam hidup ni, tapi cukup manis kalau kita niat nak wat mak ayah kita gembira. Insya Allah dapat pulangan yang manis jugak.

p/s: boring dah baca pasal hanez suraya. huhu




Monday, March 3, 2014

anak

ASSALAMUALAIKUM

dah lama tak berkuntum di blog sendiri kann. :P balik kg kannn.

pastu kerja melambai-lambai dari jauh. hihik.

ekcelli kan, kalau ikut hati ni, best nya kalau daus tinggal skali di bangkok sana.

yela, aku sorang-sorang je. nak kata bosan sgt tu ada keje, tp kalo ade somi di sisi lain sikit la.

tapi nak buat cemane tuntutan keje daus di Labuan kan. I have to be patient.

ok dah setengah tahun ko kami kaweng.

pffftt stakat ni bole dikira dgn jari orang yang btanya aku dah ade isi ke belum.

read: dah ada anak ke belum.

maybe org x berani tanya sebab aku ngan daus long distance so possibility nak dpt anak tu rendah la jgk.

actually aku still pgg pada konsep, ade rezeki ada, tak ada rezeki, still hidup bawak diri, kasik cantik mane yg tak cantik, kasik purrfect dulu mne2 yg kurang.

tapi..

jauh di sudut hati aku, aku pun menitik air liur nak baby. nak2 kalau tgok org bru kawen pregnant.

bukan jeles, jangan salah faham tapi it's a miracle kan.

lgipun my mum nasihat, aku duk jauh dari family and tgh belajar, agak sukar la kalau pregnant sorang2.

tapi keinginan tu ada. daus pun faham aku. dia x tekan sgt psl anak. dia cuma nak aku abis phd je. Alhamdulilah la kan.

kdg2 dia buat lawak cakap prangai aku macam baby2 je, so ckup la sorang baby dulu die cakap.

eh perli aku la tu. die kalo ayat x makan dalam x sah.hihihiih.

itulah, aku arap aku abis cpt phd or lab work.

aku pun tringin nak macam org lain. nak ada anak, nak stay dengan husband.

semoga Allah dengar doa aku ni. aminnn.

k la, till then, next week nk blik bangkok dah.

bye-bye!


Monday, February 3, 2014

syok

ASSALAMUALAIKUM

tehehehe, ari ni saya baru balik bangkok.

adela beli sikit-sikit cenderamate tuk family members.

due tiga ari ni selera saya membuak2.

makan tom yam putih, merah, segala jenis tom yam.

sedap betui.

tapi macam bese la, saya jenis malas nak amik gambar.

takde kenangan la nak tunjuk.

adoi, boring betul kan. tak syok nak bercerita.

tapi ok jugak dari buat orang lain terliur.

tak baik tau.

hihik, lagi 6 ari nak balik.

syoknyaaaaaaaaaaa! 

Thursday, January 30, 2014

view

ASSALAMUALAIKUM

kita selalu kompius kan bila orang komen kite.

akan rasa macam.. nanti ape orang kata bila aku buat macam ni?..

selalu rasa berserabut sangat bila fikir macam tu.

tapi haritu dapat la sikit maklumat/tazkirah..

nak kurang gusar pada manusia, fokus lah pada apa Allah kata, bukan apa manusia kata..

yea, it's like remedy.. but it doesnt mean we have right to make other people kecil hati.

tak bole semberono, walhal apa yang Allah suruh buat tu semua perkara yang baik-baik sahaja.

Insya Allah... bukan senang nak capai tahap mukmin sejati kan.. let's give a good try. 

ok tutup story dulu. bukak story baru.

in 13 days, I will be going back to Malaysia.

the country that i loveeeeeeeeee so much.

kat sini tak sama dengan Malaysia. takde orang pakai tudung, takde orang cakap bahasa Melayu..

hikhik...

nanti 8hb ada presentation pulak kann. wish me luck!

Friday, January 24, 2014

rindu kuasa dua

ASSALAMUALAIKUM


bukan kah kita semua milik Allah dan akan kembali pada Nya...

rindu Malaysia

rindu Trganu

rindu Mi

rindu daus

rindu adik beradik

rindu memo

rindu mydin mall

rindu mek tam

rindu laksa penang

rindu katil

rinduuuuu :D

Wednesday, January 22, 2014

perhubungan jarak jauh

ASSALAMUALAIKUM

dah nak sampai pun ulang tahun ke 4 kitorang.

kejap je masa berlalu kan. tapi kahwin baru almost 5 months. pengalaman kahwin takde la banyak sangat.

nama pun PJJ. tapi so far so good, kitorang handle it quite well.

kadang-kadang bile termenung, baru teringat, sejak dari saya jadi gf daus feb 2010, kami tak pernah duk dekat.

maksud saya PJJ sentiasa sampai sekarang. dari saya UMT, then UPM sampai Kasetsart.

dari berat suami 60kg sampai sekarang dah 85kg  -__________________-"

apa yang saya boleh kongsi, PJJ ni perlukan kesabaran yang amat kuat.

dalam hal ni saya ngan suami banyak tolak ansur. ada time dia yang sedih, ada time saya yang down.

so sama-sama bincang. dan banyak berdoa pada Allah saje.

saya tahu ada di kalangan rakan fb yang sedih berjauhan dengan suami, semoga sama-sama kita dapat handle perasaan kita.

saya pun bukan lah perfect sangat, ada juga masa saya nak macam orang lain, jalan-jalan tengok movie dengan suami, yang mana sejak kami gf-bf boleh kira dengan jari je berapa kali tengok movie sama-sama.

yang penting kasih sayang antara kita, bab2 percaya, banyakkan tawakal pada Allah.

saya juga tak cakap kami pasangan perfect. jauh sangat dari tu. sebab kami pun tak berpeluang lagi nak solat jemaah hari-hari sama-sama. tapi jangan jadikan tu penyebab kita hilang rasa nikmat bahagia.

everytime husband akan remind, dah solat ke. so far call and message.

macam ni je hubungan kami. nampak macam bosan kan. tapi saya bersyukur sangat dipertemukan jodoh dengan dia, jadi malu juga kalau saya bersungut tak dapat nikmat yang lain dari Allah S.W.T.

kalau tanya kat suami saya manjang je akan remind pasal sabar, dan hadiah sabar.

lelaki kan, permikiran diorang simple dan tak se kompleks wanita. ermm saya la. orang lain saya tak tau.

tapi apa-apa hal pun tak bole fokus sangat pada kekurangan dalam hubungan, contohnya tak dapat spend time sama-sama. kalau fokus memang sedih. banyak lagi benda lain berfaedah yang boleh fikir.

ni cuma pengalaman. saya tak cakap macam orang pandai pun, sebab saya sendiri masih banyak kekurangan.

 semoga semua orang PJJ akan terus tabah dan setia, juga hidup dalam berkat.

Insya Allah sampai masa, kita akan bersama pasangan kita :)

tak sangka dah 4 tahun saya suka kat lelaki berjanggut ni. hehehe.

Tuesday, January 21, 2014

Allah sayang kita

ASSALAMUALAIKUM

kehidupan berbeza mengikut cara kita melihatnya.

Do u agree with this?

I think you should, bukan idea saya pun, idea Prof Dr Muhaya.

perjalanan hidup yang cantik terletak, dan elok ini datang nya dari Allah S.W.T

bila sesuatu kehendak kita tertangguh, mesti ada sebab nya.

I am so happy when I heard  my former BTN and TPM friend yang tak jadi fly ke Korea last year,

will fly this year, and guess what, in 1 year akhirnya dia akan bertemu jodoh! MasyaAllah..

Allah delaykan tarikh fly dia bila macam-macam terjadi sebab nak pertemukan jodohnya dahulu.

I am so happy for her!

the other guy, Sabahan. TPM macam saya dulu,almost every month amik flight ke Shah Alam nak settle hal TPM untuk sambung di UKM or UM if I m not mistaken.

just like me aritu from terengganu to shah alam pun hampir crack, duit lagi, tapi this guy sangat sedih, hampir daftar universiti, offer letter tak dapat, tarikh scholarship tamat.

He was very sad at the moment, told me, he already gave all the best to settle everything tapi tak dapat.

I just can pray for him, and guess what, now he got another scholarship that will send him to US or UK. I was like, OMG! so happy!

Allah berikan yang terbaik untuk mereka.

semoga cerita-cerita ini akan membantu kita sedar betapa Allah menyayangi kita semua.

:)


Friday, January 17, 2014

kids cloth and visa extension

ASSALAMUALAIKUM

my sister open one online kids clothing shop, can click her page here for your support and to have a look, and buy of course.


ok end of promotion.

tonight dah pukul 1.30 pagi nasib subuh di Thailand dah lambat sikit sunrise , dlm pukul 6.50. kalau x masak la.

before this Fajr kul 4, sunrise pukul 5. menggelupur bangun kul 4 sebab tbiasa Malaysia pukul 6 baru subuh.

Maghrib pulak pukul 6 petang, kalau bulan puasa syok jugak. berbuka awal kaedahnya. :P tapi op kos la sunrise nak bersahur tu awal.

nak jadi cerita semalam bangun 5.30 pagi sebab nak uruskan visa extension untuk tinggal di Thai selama setahun, kene renew every 1 year. nak tinggal secara legal kan kenala buat.

sekali dengar jiran duk mengaji, dalam hati ni rasa sedap dah. eh ade muslim, seronoknya la hai..

pastu off aircond sbb nak dgr betul2 org mengaji.

sekali mengaji kitab dia la pulak. I mean agama lain la kan. bukan baca Quran. kuciwa di situ. sebab nak jumpa muslim Thai dekat area north ni susah. area selatan mcm pattani, krabi tu ramai la.

talking bout friends, here, I dont have many friends sebab kawan-kawan biasa yang international, Thai pun ada cuma tak ramai. biasa kawan dengan japanese, chinese, org vietnam, cambodia, myanmmar and Indonesia sebab diorang speak in english, so boleh la campur sikit2.

masa pergi buat visa rasa mcm happy sgt sebab sume org borak2 like a happy family.

tau je la bangkok tengah ada problem kan, visa tu buat kat bangkok.

sekali ada check untuk bomb, senjata kat van kami.

sume orang cuak. haha. tapi it is a good experience for me yang jakun. yela, I am still new here, consider new, kwn2 negara lain ada yang dah 3 tahun, setahun. Japanese ramai sebab collaboration thai-japan uni.

bila aku tanya kenapa datang Thai, dia cakap, best sini, low cost of living, pas grad nak datang balik kerja.
my friend from Hokkaido. dicerita pasal tsunami. tapi dari segi dia cerita tu, sgt tabah orang jepun ni. dia cakap tak dapat tengok laut sebab ade barrier tinggi.

emm, ok lah, esok2 sambung lg bercerita. good nte

Thursday, January 16, 2014

what fox says?

ASSALAMUALAIKUM

this morning , my husband try to wake me up sebab bangun awal Malaysia awal sejam kan.

he whatsapp-ed me.

him: good morning. dah bangun belum?

me: fhgklsl hk lhj (type while closing my eyes)

him: huhhhhh? what fox says?

bahaaha. tolong la this guy.. I cant brain him kalau buat lawak. sometimes dia buat lawak kalau aku marah2, emo2, tp besenye one of the lawak baru tgelak. pagi ni die cakap cenggitu terus gelak sawan. 

kalau tak tau what fox says tu bole refer kat video bawah ni. trending la jugak aritu. before this aku sendiri pun tak amik pot.


semalam aku dapat berita gembira. happy sangat2. I guess I am the happiest person on earth la semalam. ape die berita gembira? nanti aku ceritakan. emm, tapi bukan pasal pregnancy ye. haha.


chiao.

wasalam.

Friday, January 10, 2014

CNY

ASSALAMUALAIKUM

hoorey baru pas melantak ice cream. sekarang kalau teringin nak makan sumthing kene pegi beli kalo tak mengamuk kat diri sendiri. 

protes takmo wat keje. buruk perangai.

haha. belum peknen camni perangai ye ayu. pas peknen, Insya Allah lagi baik hendakNya.

hoho, positip sokmo katenye..

tadi sembang dengan my Chinese friend from China.

budak tu lonely tp dia dah sem 2. duk buat lab work hari2. 

sambut CNY kat sini katenye.

sian pulak kan. mcm kita sambut raye kat negare orang. idok ke sedih.

tapi muke menten je budak tu. soft spoken orang nya.

dia tanya aku lonely tak kat sini

aku cakap la lonely jugak tapi takdela sampai takde life.

cuma kalo x dpt balik raya sedihla...

tunggu la raya nanti akan ku perjuangkan sampai dapat balik.

svvvv, get ready yaw. muahaaha. bunyi mcm keji, skali die x bg balik,

meraung I kt thai.

motip aku feeling lebiy org len x balik chinese new year?

haha ok adios.

Wednesday, January 8, 2014

mi, ayu sayang mi....

ASSALAMUALAIKUM

one day I asked my mum..

mi setiap ibu mesti sayang sangat anak nya kan. macam mi sayang ayu.. hehehe

then my mum replied,

sayang seorang ibu, sayang lagi Allah pada kita yu...Allah terlalu menyayangi hambaNya..

pakai akal logik kita pun boleh fikir betapa caring nya mak kita pada kita.

my mom bile dengar diri ni demam terus call pagi petang.

tapi Allah pandang kita setiap masa..baik nya Allah pada kita kan?..

hemm..

back to my mom story..

my siblings tau kot betapa manja nya aku ni dengan mi.. maybe lebih dari pali kot, adik bongsu aku.

haha what to do, she is my favourite female friend I ever have..

actually I miss her a lot.

semalam mi mesej daus the husband melalui viber.

daus pun cakap la dia reply kat mi tapi mi dah tak reply dah.

tadi mi call lagi cakap semalam mi mesej daus la yu.. tanya khabar je.

pastu mi cakap lagi

 tapi mi dah malas nak reply msg dia lepas tu.

-____________________-"

hahaha. jujur betul my mom. rindu sangat nak peluk dia.

rindunyaaaaa kat mi. tak sabar nak tunggu february.


Tuesday, January 7, 2014

Abah

ASSALAMUALAIKUM

semalam my mum call.

bunyi suara macam happy je.

pastu mi cakap abah dah bole ngensot sampai duduk di hujung katil.

Alhamdulillah

only Allah knows how worry I felt sebab nak sambung belajar tinggal mi dan abah kat rumah.

tapi mi dan abah tetap suruh belajar. 

last time before datang Bangkok, my father cried..

belajar betul-betul, jangan lupa sembahyang pastu I told him...

"cepat sihat  bah, nanti datang ayu konvo ye....."

pastu abah angguk-angguk.

sedihnya bila ingat. my father was fully paralyzed before. 

semoga saya dapat kabulkan impian mereka.

saya tak kisah kalau orang tak faham niat dan tujuan saya.

But I know what my parents want.

Insya Allah...Allah suka apa yang ibu bapa kita suka....