Tuesday, September 30, 2014

perjalananku

ASSALAMUALAIKUM WBT

hari ni aku masuk half day ke lab. 

seronok tapi tengah2 buat kerja pandangan jadi gelap pulak.

adeh takkan pitam kot? ye pandangan mata dah berpinar nasib baik sempat capai kerusi.

pastu terus tunduk sebab rasa pening tiba-tiba. b.p low ke, tak makan pagi ke , xtau la.

tapi makan je pagi tadi. makan roti.

tak cukup makanan ke baby? haha. idokle aku tau kan.

tapi dugaan kesihatan ni boleh datang bila-bila masa je.

mak aku paling gelabah if blood pressure aku low. dah berapa kali rebah di pangkuan beliau dulu-dulu.

di pangkuan gittew. ayat macam ermmm. haha.

tapi bila jadi camtu aku cecepat call mak aku. suka mengadu kekdahnya. hihi.

mesti mak aku risau. tapi aku lagi risau kalau tak bagitau mak aku.

ape je nasihat dia pastu menyenangkan hati aku.

"ayu, sila pegi makan segera"

"okey mi"

aku dah tahu pun tapi bila mak bercakap kan. serta merta start kereta pergi makan.

kalau call daus, akan cakap

"wahh, anak saya kuat makan, sampai pitam ibu nya..."

lawak tak kena tempat bang. haha.

but I will call both if anything happen. sorang penenang hati sorang suka wat lawak tak kira masa.

tapi yang paling penting , ingat lah nikmat kesihatan yang Allah bagi. tak ternilai harganya.

sobsob. terima kasih Ya Allah.

p/s: malam ni tak dapat attend kelas istimewa tu. sedih sebab terpaksa. :(

Wednesday, September 17, 2014

hidup baru

ASSALAMUALAIKUM


hari ni super penat. lab n class for a whole day.

to my baby: please be strong together we walk towards success. gitteww.

aku kadang takde berkawan ni duk bercakap la suh dia kuat sikit.

saje je la padahal nak kasik semangat kat diri ni.

so far alahan dah berkurang, Alhamdulilah.

semput2 je masa regis second semester dah almost 4 months. and alahan berkurang. tapi still ada.

aku dah syukur berlipat lipat ganda dah.

aritu langsung x boleh bau nasik since puasa sampai la awal september.

bau nasik muntah makan nasik muntah tengok nasik muntah

thorbaik.

so, berat pun dah jadi 38 to 39 kgs. 7 kilo turun.

sekarang i m struggle to increase my weight back.

jenuh la mummy and daus call hari-hari tanya makan apa. risau la tu kot.

nasik dah mampu telan walaupun tak sampai sebungkus. syukur ya Allah.

so far baby dah ikut berat yang sepatutnya. scan nak tengok jantina tapi dia pemalu mcm bapak dia. hahaha. pemalu lah sangat bapak dia kann.*gedik2 kening*

so die kepit. nanti lah lenkali kita check awak lagi ye baby.

oklah, tu je perkembangan kita hari ini ye. nanti update lagi kalau rajin. kalau malas, kita sadaikan blog sampai berkulat.

hewhew.


Monday, September 8, 2014

hurt

ASSALAMUALAIKUM WBT

dah lama tak menulis. mood kelaut. mungkin.

daus dah balik ke Labuan. 

awal bulan 6, masa aku pergi sana melawat kawasan haha aku tinggal daus kat airport

aku perasan daus nampak sedih

perasaan ditinggalkan ni tak best kan?

Dah setahun lebih pun, aku belajar banyak dari hubungan kami supaya tak sedih dah.

nak-nak bila pregnant, aku tak nak emosi terganggu.

kali ni daus balik lama sebab nak settlekan urusan aku.

sempat lagi dia demam 3-4 hari.

sempatla aku jaga dia kejap. tak jaga sangat pun. dah tua kan. haha.

tadi hantar dia balik labuan lagi.

pagi tu okey, it was fine all the way alone driving back to destination.

tapi malam ni duk teringat-ingat. aku baca orang tulis kalau terlalu rindu suami kita kena sedekah al fatihah atau yasin, meskipun belum meninggal.

terima kasih Allah sebab pinjamkan suami dan ibu yang baik pada ku.

aku terlalu rindu mereka.

:'(