ASSALAMUALAIKUM
yaaa, blog sampah beraksi lagi.
esok dah nak pegi dah sane seberang sane. sedih tu sedih sebab utama nak tinggal mi.
tau la since aku abis master, aku tak pernah berenggang lama dengan mi.
since early 2012 till nak abis 2013. :(
aku ngan mak aku, stok yang over-rapat. yang akan cerita every single thing to her.
even tahap kecil hati orang hon kereta pun cerita. muahaha. nak cakap aku manja cakapla. :P
aku kan kuat merajuk. kalau sesapa cakap aku kuat merajuk ngan daus saje. itu adelah SALAH.
kerana aku akan merajuk dengan mummy ku jugak. aku hanya akan expose diri sebena kat orang yg betul dekat di hati aku. ecewah. daus la tu dekat di hati tu ayu? errrr. no komeng. haha.
sape tak sayang laki hoi. choi. malu plak aku.
berbagai perkara mundar mandiri dalam otak aku.
scary nak jumpe sv for the first time lagik.
nak tgok tmpat baru lgik.
nak naik flight lagik. oh ye. this is my first time naik flight. aku kuno orang nya. sampai daus yang stok2 lepak kedai minum kopi bagai tu menganjing - eh kapal terbang mcm bas dh bg sy. eh tau la duk labuan so shadap yu syg. hahaha.
sebab dolu2, aku duk asrama, masa whole fmily bercuti, aku berendam air mata.takpela, xde rezeki. tp tak pernah la aku rasa terkebelakang compare ngn other siblings. hal kecik je tu.
so, kalau aku meraba dalam airport tu, wish me luck je la ye. mmg aku tatau pape. admit! haha.
pastu hal nak sambung phd ni, tlg doakan aku. aku tau Allah yang banyak tolong aku. mungkin Allah nak bagi kegembiraan pada parents aku, aku cuma pengantara.
satu je la, aku bab-bab menuntut ilmu, aku tak suka buat semata2 kerana aku dengki kat orang. semula jadi macam tu. mungkin sebab aku malas nak compete. at certain level, aku menjadi diri sendiri.
this time, aku menjadi diri sendiri, aku buat apa yang aku nak. so sesapa nak bash aku konon duk jauh tinggal husband bagai, parents bagai, sila take note ye.. aku awal2 dh minta izin parents, dan suami aku.
aku takkan buat kalau anyone of them tak bagi. abah yang still tak sihat 100% pun menyokong. abah sampai angkat-angkat badan semangat nak cepat sihat, nak gi tengok aku belajar kata nya (uwaaaa sedih)
sesapa yang baca ni, tolong la ya doakan abah aku cepat sembuh, tolong doakan aku dapat grad demi parents aku. aku nak sangat parents aku datang bile aku grad.
aritu masa grad master, parents aku je tak ade. parents kawan2 sume ade. aku sedih, tapi aku x cerita kat orang. aku sangat perlukan mak aku masa tu.
okla, dah x bole tulis ni sebab dah sebak bila teringat.
wish me luck!
No comments:
Post a Comment