ASSALAMUALAIKUM WBT
hari ni aku masuk half day ke lab.
seronok tapi tengah2 buat kerja pandangan jadi gelap pulak.
adeh takkan pitam kot? ye pandangan mata dah berpinar nasib baik sempat capai kerusi.
pastu terus tunduk sebab rasa pening tiba-tiba. b.p low ke, tak makan pagi ke , xtau la.
tapi makan je pagi tadi. makan roti.
tak cukup makanan ke baby? haha. idokle aku tau kan.
tapi dugaan kesihatan ni boleh datang bila-bila masa je.
mak aku paling gelabah if blood pressure aku low. dah berapa kali rebah di pangkuan beliau dulu-dulu.
di pangkuan gittew. ayat macam ermmm. haha.
tapi bila jadi camtu aku cecepat call mak aku. suka mengadu kekdahnya. hihi.
mesti mak aku risau. tapi aku lagi risau kalau tak bagitau mak aku.
ape je nasihat dia pastu menyenangkan hati aku.
"ayu, sila pegi makan segera"
"okey mi"
aku dah tahu pun tapi bila mak bercakap kan. serta merta start kereta pergi makan.
kalau call daus, akan cakap
"wahh, anak saya kuat makan, sampai pitam ibu nya..."
lawak tak kena tempat bang. haha.
but I will call both if anything happen. sorang penenang hati sorang suka wat lawak tak kira masa.
tapi yang paling penting , ingat lah nikmat kesihatan yang Allah bagi. tak ternilai harganya.
sobsob. terima kasih Ya Allah.
p/s: malam ni tak dapat attend kelas istimewa tu. sedih sebab terpaksa. :(
No comments:
Post a Comment