Saturday, November 16, 2013

2 days

ASSALAMUALAIKUM

while waiting for my black-pepper-chicken-lah-sangatt tu masak.

here I am, blogging. :D

hopefully x hangus khenn.  sbb pakai electric kitchen. so die slow skit la compared tu api punye tu.

yesterday, I went to my campus. felt like life belong here. rasa calm. while riding my scooter of course.

rsa mcm dekat upm dulu-dulu.

2 days before, dah cabut pun gigi geraham. siap berjahit bagai. rasa mcm die toreh sikit kot kasik kuar gigi panjang gile akar. haha.

abis bius, menggelupur sorang diri dalam bilik.

sakit xleh nak cakap. rasa mcm operate wisdom teeth dulu2... kekeke.

masa dia cabut tu aman bahagia makmur sentosa. kat sini pelik jugak, doktor akan consult, your tooth is like this like this eventho gigi tu kite dh buang kan. buat pe lg amik tau. sombong kann. pdahal jage gigi pon x pandai.

tapi sbenarnye dntist amik pendekatan nk nasihat jage la gigi bebaik. so next time xyah la pakai gigi palsu.

kekekekeke. 

nnt lg sminggu nak buka stitch tu. hehehe. 

next week ade kasetsart fair pulak. wewewewe.. aku mmg suke kalo ade jualan2 ni.

ade dh tgok kaset fair kt main campus. meriah.

nnt kite skodeng yg campus sni punye best ke idok.

oh aritu kan aku sptutnye masuk apartment lain, tapi tah knape last minute angkut2 beg skali owner x kasik aku masuk sewa. aku iz sedih giles uols.

why laaaa? aritu masa aku tanye cakap bole je. ngan org2 yg bantu angkut all the stuff lgik kt situ.

then we dcide to move to another apartment. sedih toksah ckp la. dh la aku nyusahkan 2 org angkut brg aku kan.

pastu ktorang pg apartment depan. aku cam trus accept je eventho the price slightly higher than the previous one.

sobsob. sekali aku tgok, eh ade peti. the previous apartment xde peti.

masa tu kan aku rsa nak nangis. Allah selalu tolong aku..

:( Allah sangat baik pada aku.. Dia tau nnt aku susah nk cri peti.. pastu die bg aku tmpt yg ade peti..

syukur nya pada DIA , aminn aminnn

oh dah pukul 3 petang. kt sini asar pukul 3.30 cmtu. so nk makan dulu lah bfore asar.

till next time. bye!


Wednesday, November 13, 2013

sakit gigi

ASSALAMUALAIKUM

here we go again,

selama ni aku x dedahkan pon gigi aku bermasalah. mcm rapuh gile. aiyoo.

ni jadi plak kt gigi geraham aku. dh pecah berserpih bagai dah ni.

memule aku cam cool mat cool jek..

sekali ngap ngunggg, last 2 weeks.

aku dah tak sodap hati ni. aku ni kat negare orang. nak bawak skuter comel aku tu pon tonggang langgang lagi ape lagi nak mencari klinik gigi.

maka ku bersujud pada Ilahi agar kurangkn kesakitan.

aku ada tanye local students. tapi cam diorang bitau lokasi je. aku macam dah banyak mintak tolong international officer untuk pindah randah, beli motor, etc etc..

so aku rasa segan sebab mcm dah tetiap hari mintak tolong orang.

semalam siap aku google cara cabut geraham sendiri. hahaha. memang tak aa kan. google je. buat nye tak. sakit kot.

aku pun whatsapp asben ku. mengadu sakit. kat mak takleh buat aduan, aku xmo mak aku susah hati. mak dah la duk umah tak dpt beri bantuan nnt aku tambah lak ngn masalah aku.

aish. tidak tidak.

kalo asben tu die cool siket, sakit gigi? oh macam budak kecik yee.. kate die.

tau je la hormon org sakit gigi ni membuak2 ke ladang gandum. aku pon cakap la kat die. 

nak buat lawak, sila masuk maharaja lawak. tgh2 sakit gigi ni ade yg suh awak dtg cni smate2 untuk bwk sy g klinik kang.

beliau pun terus gelabah. KAHKAHKAH. yela, project die tgh run. kalo die amik cuti, berakhirla hidup die yg tenang di labuan ittew. hahaha.

oleh kerna aku isteri yang baik, setelah mengugut suamiku, aku pon msg the other local student. 

die duk tnye aku camne dh keadaan aku ape sume. maybe die ingt kes kecemasan.

aku pun cakap la kalo free tlg bwak aku g jmpe dentist sebab aku x pndai lg bawak moto. paling laju is 40 km/h. logik la kan aku xde lesen moto seumur hidup aku. sobsob. takpe aku tak nyesal. adelah tu hikmahNya.

pastu die cakap akan call aku petang ni, maybe nak bawak g sana kot.

tolong doakan dia free ye! kalo x meroyan lagi aku malam ni. ngahahaaha.

bye!

Monday, November 11, 2013

update

ASSALAMUALAIKUM

haaa, lame plak x update kannn. padahal baru beberapa hari.

so far. ayu dah pindah apartment baru kekdahnya noks.

quite far from uni, padahal depan pintu pagar tp tau je la kite bawak moto mcm siput sedut lg kann.

jauh la tu kirenye. hahahaa.

ok, dah banyak gelak tu kire dh ok siket la tu. nak cakap ape ek.

ok pasal apartment baru rse mcm suke jgk sbb bilik ni kontemporari, ade fridge, toilet dlm bilik..

mcm hotel gak aa. tp sume student duk cni.

student yg xnak duk dalam, dinasihtkan duk area ni la kot. budak degree blambak kt cni tp aku rse diorang yg anak2 org kaye kot sbb ramai bwk kereta sendiri.

kt sni xde kenderaan sndiri mcm kita..so kekdahnya student drive swift, vios, altis.. lebiy kurang..

ahkak pulak drive skuter. kau mampu? hahaha.

ok aku tgh adapt lg. nk ckp syok sgt x jgk, nk ckp derita, aku syukur banyak dah ni. Allah permudahkan.

at least bole call viber mak ari2 pun dah cukup.

mak aku asal bcakap ngn aku, suara dh ketar2. I know she misses me. I miss u 2 mom.

tapi sebab mak tau aku nak menuntut ilmu and parents jugak support, make ttiap ari pun bg smangat.

Alhamdulilah, aku tak homesick jgk sjak duk kampus aku ni. masa mule2 husband tinggal kt bangkok tu, meraung la jugak. pastu xde dah.

esok learning process untuk mende lain lak. setakat ni aku dah jumpe stesen minyak, dah pegi tesco area sni, dah completekan 50% brg2 dlm bilik..

semoga perjalanan dipermudahkanNya.

Monday, November 4, 2013

life is challengingggg

ASSALAMUALAIKUM

tehehehe, bersiaran dari Thailengg.

so far, I am still adjusting myself here. mule2 rasa susah gile. erm skrg pun x la rasa senang. 

tapi dah bole la siket2. I know a friend here, UMT staff. She is so kind to me. Hopefully Allah will always help her.

duk sini jauh dari suami, keluarga terutama mak memang buat hati ni rasa sebak berganda-ganda.

tapi ada some part buat kite rasa kuat, dengar suara mak pun sedih tau.

*auch! habuk2 dalam mate*

ok, my sense of humor dah berkurang kot sebab after all this is what I understand about life when you have no people that you recognized around you.

thai people macam jepun jugak. mereka lebih prefer their language so english is not the main medium.

doa-doakan aku pandai cakap thai nanti ye. ngahahaa.

i miss my husband for sure. I dont know how much worries he had because of me. kesian dia. somehow I think kesian nya dia bcause he need his wife to take care of him. tapi dia tetap cakap, no , saya nak isteri saya berjaya . jgn fikir yang lain, I can still manage myself. T.T sobsssss.

other thing, saya dah beli moto kat sini. yeap, nak beli kereta kena ade visa bekerja, and i m a student, melangut je la tgok org pakai honda sume. sebab kereta kat sini murah. 

beli moto pun secara haram, yelah, penat gile kau mengayuh beskal fakulti yang die sediakan. ngahahaha. dasar tak atletik langsong.

but for sure life is challenging, yet, I am carrying my mother's hope. I cannot stop, mi and abah

 please wait for me. ayu will try hard for both of you, lillahitaala.

ta dah! my scooter~


Wednesday, October 23, 2013

sedih

ASSALAMUALAIKUM

yaaa, blog sampah beraksi lagi.

esok dah nak pegi dah sane seberang sane. sedih tu sedih sebab utama nak tinggal mi.

tau la since aku abis master, aku tak pernah berenggang lama dengan mi.

since early 2012 till nak abis 2013. :(

aku ngan mak aku, stok yang over-rapat. yang akan cerita every single thing to her.

even tahap kecil hati orang hon kereta pun cerita. muahaha. nak cakap aku manja cakapla. :P

aku kan kuat merajuk. kalau sesapa cakap aku kuat merajuk ngan daus saje. itu adelah SALAH.

kerana aku akan merajuk dengan mummy ku jugak. aku hanya akan expose diri sebena kat orang yg betul dekat di hati aku. ecewah. daus la tu dekat di hati tu ayu? errrr. no komeng. haha.

sape tak sayang laki hoi. choi. malu plak aku.

berbagai perkara mundar mandiri dalam otak aku.

scary nak jumpe sv for the first time lagik.

nak tgok tmpat baru lgik.

nak naik flight lagik. oh ye. this is my first time naik flight. aku kuno orang nya. sampai daus yang stok2 lepak kedai minum kopi bagai tu menganjing - eh kapal terbang mcm bas dh bg sy. eh tau la duk labuan so shadap yu syg. hahaha.

sebab dolu2, aku duk asrama, masa whole fmily bercuti, aku berendam air mata.takpela, xde rezeki. tp tak pernah la aku rasa terkebelakang compare ngn other siblings. hal kecik je tu.

so, kalau aku meraba dalam airport tu, wish me luck je la ye. mmg aku tatau pape. admit! haha.

pastu hal nak sambung phd ni, tlg doakan aku. aku tau Allah yang banyak tolong aku. mungkin Allah nak bagi kegembiraan pada parents aku, aku cuma pengantara. 

satu je la, aku bab-bab menuntut ilmu, aku tak suka buat semata2 kerana aku dengki kat orang. semula jadi macam tu. mungkin sebab aku malas nak compete. at certain level, aku menjadi diri sendiri.

this time, aku menjadi diri sendiri, aku buat apa  yang aku nak. so sesapa nak bash aku konon duk jauh tinggal husband bagai, parents bagai, sila take note ye.. aku awal2 dh minta izin parents, dan suami aku.

aku takkan buat kalau anyone of them tak bagi. abah yang still tak sihat 100% pun menyokong. abah sampai angkat-angkat badan semangat nak cepat sihat, nak gi tengok aku belajar kata nya (uwaaaa sedih)

sesapa yang baca ni, tolong la ya doakan abah aku cepat sembuh, tolong doakan aku dapat grad demi parents aku. aku nak sangat parents aku datang bile aku grad.

aritu masa grad master, parents aku je tak ade. parents kawan2 sume ade. aku sedih, tapi aku x cerita kat orang. aku sangat perlukan mak aku masa tu.

okla, dah x bole tulis ni sebab dah sebak bila teringat.

wish me luck!

Saturday, October 19, 2013

ting and tong

ASSALAMUALAIKUM

5 ari lagi dah nak berlepas ke Bangkok,

suke tu suke la kan sebab dapat jumpa suami, Insya Allah (yeay!, haish mereyam sunggoh) haha

tapi sedihnya mak cik nak tinggalkan comfort zone ku di terengganu.

nak tinggalkan the most beloved family, BED, car...etc..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

mi, wait for ayu mi... ayu sayanggggggg mi banyak sgt.

Monday, October 14, 2013

Tentang hidup

ASSALAMUALAIKUM

berniat baik
bercakap baik
berperilaku baik

kalau mereka cakap kau annoying macam mana?

teruskan..

berniat baik
bercakap baik
berperilaku baik

bila aku tanya diri, kenapa orang fikir aku begitu?

kerana Allah nak beri pahala. mungkin kerana aku kekurangan pahala nak di bawa ke akhirat.

fikir yang baik-baik sahaja.

ya, yang baik-baik saja.

esok dah raya haji, suami aku demam di Labuan. ikut rasa hati ni sedih juga. 

rindu.

tapi tak sakit sangat. Allah ada tolong jaga dia.

kalau aku perit hari ini, one day, aku harap orang boleh belajar kebaikan melalui sejarah hidupku.

yang bukan sempurna, 

cuma terhias sedikit tauladan. tu pun kalau nak ambik lah.

kalau tak nak, biarkan aje. teheheehhe. 

:)