ASSALAMUALAIKUM
tadi pegi kenduri arwah bapak mertua pak cik dik non.
not so far la, dalam 15 minutes kekdahnya.
after that, on the way return home - amoih, omputih sgt bunyinye..
aku ngan mak nak pegi la booking canopy dengan kawan mak.
yela, celah2 masa macam tu jela sebab abah sakit. tak boleh kuar sesuki hatimu gittew.
pastu mak cik canopy tanya sikit-sikit pasal perkahwinan.
then dia cakap
'ringan aje mak cik dengar cara nak kahwin ni, Insya Allah berkat....mak cik sangat suka idea ayu ni"
pastu dah deal sume ngan mak cik tu. mak den mintak undur diri.
mak cik tu cakap
"itula, jap agi nk g umrah ni"
mak aku tanya - eh bila?
heran sposen sebab dri td duk huu haa huu haa nyembang pasal canopy mcm nothing will happen kekdahnya.
"ni dalam stengah jam lagi nak g airport"
burfffffffffffff tersembur air liur aku.dgn dressing rilek je mak cik.
siap bungkus-bungkus makanan nak bagi kami buah tangan bawak balik.
mak cik itu sgt cool. kalau aku dah gelabah dah. pastu siap lambai2 ktorang balik dan naik kereta.
tapi nak cakap tutur kata dia sangat sopan, sikit tak menyakitkan hati. muka ceria sampai nak pergi umrah pun masih layan tetamu dengan baik sekali.
sikit pun tak nampak tergesa-gesa. tu pun dah nak balik baru bgtau dia nak gi umrah.
aku tak tau mak cik tu baik ke ape kan, tapi hari ni aku rasa sangat gembira berkunjung ke rumah dia.
seriously, hati aku rasa senang sangat dengan dia.
Alhamdulilah kerana Allah pertemukan kami.
No comments:
Post a Comment